Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuih Ketayap (Idea Minum Petang)

Kuih ketayap merupakan kuih tradisi Melayu yang juga dipanggil dadar gulung atau kuih gulung. Ianya merupakan snek yang popular di nusantara.

Kuih ketayap selalunya diperoleh di gerai pada waktu minum petang. Intinya yang merupakan inti kelapa amat manis dan lazat sekali. Kali ini, kami bawakan resepi ini khas buat anda semua!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Wirawati Negara dan mendapat 1.4 k perkongsian di Facebook. Wah! Pasti menjadi!

Resepi Kuih Ketayap

kuih-ketayap
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 2 sudu minyak masak @ minyak jagung
  • Secubit garam
  • 5 helai daun pandan (dikisar dengan air)
  • Sedikit pewarna hijau

Inti kelapa:

  • ½ biji kelapa parut (ambil putih sahaja)
  • 8sdb gula merah
  • 2sdb gula pasir
  • Secubit garam
  • Sedikit air
  • Sehelai daun pandan disimpul

Gula dimasak sehingga larut, kemudian masukkan kelapa parut, dan garam. Biarkan kering sedikit dan biarkan ianya sejuk.

Cara – cara memasak:

  1. Kisarkan kesemua bahan. Pastikan bancuhan jangan terlalu cair atau pekat.
  2. Gunakan non stick pan ataupun kuali leper, sapukan kuali dengan sedikit minyak.
  3. Gunakan senduk bulat dan sendukkan aduna kedala kuali.
  4. Lenggangkan kuali dan biarkan sekejap.
  5. Angkat dan sedia untuk diletakkan inti kelapa.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!