Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Ayam Hainan Asli Paling Sedap, Paling Mudah Semua Suka

author name

📄

Nasi Ayam Hainan pada mulanya merupakan hidangan yang berasal daripada pendatang yang berasal daripada Selatan China, Hainan. Ianya kemudian menjadi salah satu hidangan yang popular di Malaysia kerana rasanya amat sebati dengan rakyat Malaysia. Nasi ayam hainan menggunakan ayam yang disapu bersama maltose, sebelum dibakar. Ianya memberikan rasa manis kepada ayam tersebut.

Cara pembuatan nasi ayam hainan ini amat mudah untuk diikuti. Rasanya amat lazat, tidak terlalu pedas dan sesuai untuk semua lapisan umur. Ianya dibahagi kepada empat bahagian, iaitu; nasi ayam, sup ayam, ayam bakar dan sambal. Nasi ayam hainan yang asli juga tidak dihidangkan bersama kicap, namun jika anda menyukainya anda bebas menambahnya sendiri.

Resepi ini dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar dan mendapat ratusan shares di Facebook. Jom kita lihat!

Resepi Nasi Ayam Hainan

nasi ayam hainan
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Nasi:

  • 1 kg beras wangi (kalau takde pakai beras biasa pun boleh. Nak campur pun boleh)
  • 2 inci Halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 sudu majerin
  • 4 sudu minyak masak

Sup ayam:

  • 1 ekor ayam
  • 1 biji bawang Holland
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4 liter air

Ayam:

  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu biji lada hitam
  • 2 sudu minyak bijan
  • Maltose

Sambal:

  • 2 biji cili padi (nak pedas boleh lebihkan)
  • 6 biji cili merah
  • 2 inci halia muda
  • 4 ulas bawang putih
  • cuka/perahan limau nipis
  • daun ketumbar

Cara – cara memasak:

Nasi:

  1. Kisar halia, bawang putih dan minyak masak.
  2. Tumis bersama marjerin sehingga kekuningan.
  3. Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan.
  4. Goreng seketika sehingga sebati dengan bahan tumis.
  5. Matikan api dan masukkan ke dalam periuk nasi.
  6. Tanak dengan air sup rebusan ayam dan masukkan dua sudu minyak bijan.
    Nota: Untuk menyedapkan rasa nasi, guna air sup yang sudah diperasakan.

Sup:

  1. Cuci ayam bersih dan sumbat dua daun batang bersama akar ke dalam perut ayam.
  2. Panaskan 4 liter air, masukkan bawang putih dibelah dua, halia dan bawang holland dimayam.
  3. Masukkan garam dan sedikit perasa jika suka.
  4. Apabila sup dah menggelegak, masukkan ayam dan perlahanlan api. Tutup periuk.
  5. Biarkan selama 20 minit sehingga ayam masak.

Ayam:

  1. Toskan ayam dan campurkan sos tiram, lada hitam.
  2. Lumur keseluruhan ayam bersama minyak bijan.
  3. Sapukan dengan maltose, kemudia bolehlah dibakar atau digoreng.

Sambal:

  1. Kisarkan kesemua bahan kecuali daun ketumbar.
  2. Perasakan dengan gula dan garam.
  3. Taburkan daun ketumbar.
nasi ayam hainan 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *