Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Karipap Kulit Kulit Gerutu Inti Kentang Dengan Telur

author name

Resipi ini merupakan resipi kuih muih Melayu yang sangat popular dan boleh didapati di mana-mana sahaja di Malaysia ini. Karipap adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada kulit pastri dan diisi dengan inti kari kentang kari. Kadang kala ia ditambah dengan telur dan juga isi daging. Namun begitu perkongsian kali ini akan membawa kepada anda resipi kuih karipap yang menggerutu dan ianya mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ini kerana kebiasaan karipap yang dijual mempunyai kulit yang licin dan rata namun jenis menggerutu ini mempunyai rasa yang rangup dan digemari sesetengah orang. Baiklah bagi anda yang ingin mencari-cari resepi karipap jenis ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Untuk kulit karipap

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar marjerin
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 3/4 cawan air suam
  • 1/2 sudu teh garam

Kaedah

  • Masukkan tepung gandum, tepung beras dan garam dalam mangkuk  dan gaul rata.  Buatkan lubang dibahagian tengah campuran tepung.
  • Panaskan hingga mendidih marjerin dan minyak dengan api sederhana dan tuang campuran minyak di dalam lubang campuran tepung.  
  • Gaul cepat menggunakan senduk.
  • Tutup dan rehatkan doh sebelum digunakan.

Penyediaan karipap menggerutu.

  • Bulatkan doh sebelum dicanaikan dan isi inti kentang dan telur rebus.
  • Kelim bahagian tepi dan goreng dengan minyak yang betul-betul panas.
  • Minyak yang panas ini salah satu faktor kulit yang menggerutu.
  • Guna acuan saiz besar untuk membuat karipap ala Ikea.

Bahan-bahan Inti Karipap

  • Kentang 3 biji saiz sederhana (kupas dan potong dadu)

Bahan-bahan tumbuk

  • Bawang besar ½ labu
  • Bawang putih 1 ulas
  • Ikan bilis 1 sudu kecil

Bahan lain

  • Daging cincang 
  • Daun sup (potong pendek-pendek)
  • Air secukupnya 
  • Telur rebus

Bahan-bahan rempah

  • 1 sudu besar rempah daging
  • 1 sudu besar serbuk cili (jika suka pedas)
  • Garam dan gula secukup rasa.

Kaedah

  • Tumbuk bahan-bahan tumbuk hingga lumat.
  • Tumiskan ia, tunggu naik bau sambil itu kacau agar ia tidak hangit
  • Kemudian taburkan bahan-bahan rempah. Kacau rata.
  • Masukkan sesudu dua air, kacau agar semuanya sebati.
  • Kemudian masukkan kentang gaul agar semua menjadi mesra.
  • Tambahkan secawan air, masak hingga kentang dan daging  empuk.
  • Jika air kering tambahkan air lagi, masak hingga kentang benar-benar empuk.
  • Apabila kentang telah empuk,sebelum air kering. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul semua agar sebati. 
  • Tutup api dan iarkan sejuk sebelum digunkan.

Inti karipap ini diinspirasi daripada karipap yang biasanya didapati di IKEA dimana ia mempunyai inti daging dan telur rebus yang memberi rasa yang lebih menarik. Jika anda ingin sejuk bekukkan karipap, goreng hanya sekadar kulitnya masak. Segera alih apabila kulitnya telah masak, sejukkan sebelum disimpan didalam peti sejuk, lapikkan plastik diantara karipap agar ia tidak melekat-lekat dan mudah untuk dinyahbekukkan nanti. Apapun jangan lupa untuk mencuba resipi ini sebagai hidangan minum petang keluarga anda.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.