Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup Gear Box (Gerenti Makan Bertambah!)

Kali ini kami bawakan resepi sup merah ataupun sup gear box yang amat lazat. Sup gear box amat popular disekitar kita. Harganya juga boleh tahan, boleh mencecah puluhan ringgit.

Jika kita hendak makan hidangan ini diluar, pastinya harus menyediakan poket yang tebal. Tapi anda jangan risau, anda juga boleh menyediakannya sendiri. Ianya lebih jimat dan lebih bersih. Lagi – lagi dengan air tangan anda, pasti lebih digemari oleh yang tersayang.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad dan mendapat banyak shares dan likes di Facebook beliau. Pasti menjadi!

Resepi Sup Gear Box

Resepi-Sup-Gear-Box
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1kg gearbox
  • 1kg daging
  • 1 mangkuk Cili kering (kisar)
  • 2 sudu tepung jagung (bancuh air)
  • 3sdb sos cili
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 3sdb sos tiram
  • Lobak merah (potong panjang)
  • Kentang (belah 4)
  • 1 tin kacang peas
  • Ketumbar, jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang (kisar halus) @ ambil isi dalam sup bunjut
  • Bunga lawang/ kayu manis
  • 3 labu bawang merah besar (kisar)
  • 5ulas bawang putih (kisar)
  • Halia (kisar)
  • Serai (ketuk)
  • Sup bunjut (3 bunjut)
  • Kiub pati lembu @ ayam @ ikan bilis
  • Garam secukup rasa

Cara – cara memasak:

  1. Rebus daging atau gearbox bersam halia hiris atau serai sehingga dagingnya empuk dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, halia dan serbuk jintan yang telah dikisar.
  3. Apabila minyak sudah pecah, masukkan rempah 4 sekawan.
  4. Seterusnya, masukkan tomato puree, gaul sebati, masukkan cili kisar, sos tiram atau sos cili. Masak sehingga betul-betul pecah minyak dan aroma tumisan sudah naik.
  5. Selesai menumis, masukkan kentang dan lobak merah. Masak sehingga empuk dan masukkan air rebusan daging berserta daging dan gearbox dan masak sehingga mendidih.
  6. Akhir sekali, masukkan tepung jagung dan garam secukup rasa.
  7. Apabila sudah cukup rasa masukkan kacang peas dan gaul rata.
  8. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!