Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup Labu Berkrim Makanan Barat Musim Halloween

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sejenis resepi menu yang sesuai disediakan sebagai hidangan pembuka selera. Ianya  diubahsuai daripada  sup berkrim yang banyak terdapat dinegara barat. Diantara bahan-bahan yang digunakan ialah buah labu, kiub pati ayam dah sudah tentu whip cream.

Penyediaan masakan ini amat ringkas dimana ia menggunakan teknik merenih seperti kebanyakan sup berkrim. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati dikedai berdekatan.

Bahan-bahan

  • 1kg labu dibuang kulit & dipotong kiub besar
  • 1 batang lobak merah dipotong dadu
  • 1 biji kentang dibuang kulit & dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar potong empat
  • 4 cawan air stok ayam (guna 2 kiub ayam & cairkan dalam air)
  • 1/2 kotak kecil krim masakan
  • 1/4 sudu kecil lada hitam
  • 1/4 sudu kecil garam

Kaedah

  • Masukkan semua bahan kecuali krim ke dalam periuk. 
  • Masak pada api sederhana hingga semua bahan empuk / lembut. 
  • Tutup api dan biarkan ia sejuk seketika.
  • Setelah bahan agak suam, masukkan semua bahan tadi ke dalam blender dan kisar bahan hingga teksturnya lembut. 
  • Masukkan dalam mangkuk bersih masukkan pula krim.
  •  Kacau hingga sebati. 
  • Siap.

Masakan ini mempunyai rasa yang menarik dan berlemak krim kerana rasa buah labu agak unik bila dijadikan sebagai sup berkrim. Kebiasaannya dimakan bersama hirisan roti yang dibakar dan disapu ‘garlic butter’.Ia pasti mengenyangkan perut anda, apapun diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.