Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bihun Sup Utara Yang Sedap Marbeles

author name

📄 ,

Resepi kali ini merupakan salah satu menu yang menjadi kegemaran terutamanya sebagai hidangan minum petang. Bihun sup utara ini agak berbeza berbanding bihun sup biasa selain dari warna yang kuning ia juga sedap dimakan bersama sambalnya. Rempah digunakan didalam kuah supnya menjadikan ia hangat dan sangat sedap dinikmati terutama ketika musim hujan dan sejuk. Bagi anda yang mencuba,berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan untuk sup

  • Minyak untuk menumis

Rempah tumis

  • 2 ~ 3 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 1 s/b ketumbar
  • ½ s/b jintan manis
  • ½ s/b lada hitam
  • 3 biji buah pelaga
  • ½ s/b lada putih

Bahan Kisar

  • 2 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia – dititik 
  • 2 batang serai – dititik
  • 1 peket kecil rempah sup adabi (bancuh dengan air jadikan pes)
  • 1 kg daging 
  • 1/2 kg tulang
  • Air utk merebus dan kuah secukupnya 
  • garam & serbuk perasa
  • serbuk lada hitam secukupnya

Kaedah

  • Panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin kacau sikit masukkan pes rempah sup kacau lagi.
  • Masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi berkerak.
  • Masukkan daging, tulang dan perut. Tutup periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sedikit 
  • Bila daging hampir empuk, perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & perasa secukupnya.
  • Penyediaan Bihun
  • 1 bungkus bihun/mee hoon direndam dalam air bersama 1 sudu besar serbuk kunyit sehingga lembut kemudian tos kan.
  • Sementara itu didihkan air utk merebus mee hoon.
  • Bila air dah mendidih masukkan mee hoon yg telah ditos tadi dan tutup api.

Bahan Hiasan

  • Daging dan perut yg telah siap dipotong kecil2 
  • Bawang goreng
  • Daun sup dan daun bawang di mayang

Resepi  Sambal  Cili (jika suka)

  • ½ cawan serbuk cili babas
  • ½ sudu besar bawang putih dan merah mesin (ambik dr bawang buat kuah sup tadi pun boleh tapi jgn letak halia)
  • ½ cawan air (boleh tambah jika terlalu pekat)
  • 50 gm gula melaka @ gula hitam
  • ½ sudu besar asam jawa (dibancuh dgn air tadi)
  • perasakan dgn garam dan tok aji sikit
  • sedikit minyak utk menumis.

Kaedah 

  • Panaskan minyak api perlahan, tumis bawang
  • Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam & serbuk perasa secukupnya.
  • Kacau hingga sebati 
  • Rasakan sambal biar secukup rasa.. ada rasa masin, manis, masam dan pedas
  • Sedia dihidangkan bersama2 dengan bihun & seangkatan dengannya.

Walaupun ia kini mudah didapati digerai-gerai dijalanan namun bihun sup ini tetap menjadi pilihan hidangan dalam majlis seperti rumah terbuka atau kenduri kecil. Ianya mengenyangkan dan juga boleh dimakan bagi mereka yang tidak makan pedas. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *