Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup Penyembuh Tinggi Khasiat Bahan Pun Ringkas

author name

📄 ,

Resepi kali ini ialah resepi sup yang diinspirasi dari  seroang Chef bertaraf antarabanga yang mempromosikan masakan sihat, tinggi khasiat dan ringkas. Chef yang menggunakan akaun  Asian Keto berkongsi banyak resepi-resepi sihat diakaunnya. Salah satunya ialah sup healing atau nama lain sup penyembuh kerana bahan-bahan digunakan didalam resepi menggunakan rempah ratus yang mudah untuk didapti khususnya dinegara kita ini, baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • ½ ayam sebaiknya ayam kampung (potong kecil)

Bahan-bahan tumis

  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 2 butir biji ketumbar
  • 1 batang serai ditumbuk pecah
  • 1 inci lengkuas

Bahan-bahan kisar

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ inci kunyit hidup
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • Air secukupnya.

Kaedah 

  • Mula-mula panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau
  • Selepas itu masukkan bahan yang telah dikisar.
  • Masukkan ayam yang telah dipotong dan juga air
  • Biar sup mendidih baru masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Siap! 

Saya olahkan sedikit resepi ini mengikut selera kami sekeluarga namun masih mengekalkan kebanyakkan bahan-bahan yang digunakan.Sup ini sedap dinikmati bersama nasi putih, nasi impit atau dimakan begitu sahaja. Masakan ini boleh disejuk bekukan jadi ia lebih mudah dan cepat  jika anda ingin sediakan lain kali,selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.