Resepi Lemak Putih Labu ( Resepi Masakan Kampung)

Resepi kali ini adalah sejenis menu yang sesuai dijadikan menu sampingan. Masakan mudah ini Madam belajar dari arwah mak mentua. Pertama kali merasainya terus jatuh cinta. Masakan masak lemak labu ini adalah tidak sama seperti lemak cili api. Biasanya untuk lemak sayur, tiada cili api dan kunyit digunakan. Ianya sangat ringkas, secara asasnya hanya santan dan sayur-sayuran yang digunakan.

Boleh jadi ia direka begitu bagi menikmati khasiat dan kesedapan sayur tersebut. Oleh itu sebelum kita bercerita lebih lanjut mari lihat dahulu bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak lemak putih labu.

Resepi Lemak Putih Labu ( Resepi Masakan Kampung)

Bahan-bahan

  • Buah labu ½ biji (buang kulit dan potong dadu)
  • Daun kunyit sehelai disiat
  • Bawang besar sebiji dipotong 4
  • Cili merah seulas dihiris
  • Cili api 4 ulas (jika suka pedas)
  • 1 sudu makan ikan bilis
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam.
  • Santan 1 peket kecil

Kaedah

  • Masukkan dalam periuk santan, tambah air ½ cawan.
  • Masukkan labu dan buka api, sentiasa kacau agar santan tidak pecah.
  • Apabila labu telah mula empuk, baru masukkan bawang besar ,ikan bilis dan cili merah.
  • Biar sebati dan mengelegak baru tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. 
  • Akhir sekali masukkan daun kunyit dan serbuk lada hitam sebelum dihidangkan.
  • Siap
Resepi Lemak Putih Labu ( Resepi Masakan Kampung) 2

Labu ini selain dari masak lemak ia juga sesuai untuk dibuat pengat. Labu merupakan makanan sunnah, kerana ia amat digemari Rasullah saw. Khasiat labu ini diantaranya ialah mempunyai vitamin A dan C. Apa-apa sahaja makanan yang berwarna oren dan merah, sebenarnya sangat elok untuk mata dan kulit. 

Tambahan pula labu juga boleh membantu mengawal kolesterol dan diabetis. Jadi jika anda tidak pernah masak labu, inilah masanya. Jadi jangan lupa untuk mencubanya ya!

Resepi Lain Yang Juga Menarik

Kami mempunyai pelbagai lagikoleksi resepi lain,jadi jangan lupa like dan share ya. Terima kasih.

Leave a Comment