Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Udang Goreng Tempura Special Untuk Peminat Udang

author name

Resepi seterusnya ini ialah resepi berasaskan udang yang menggunakan resepi dari negara matahari terbit iaitu Jepun. Udang goreng tempura atau kalau di Jepun dipanggil ebi fry digoreng dengan bancuhan tepung bersama dengan air sejuk atau air batu. Ia menghasilkan gorengan yang lebih rangup dan sangat sedap bila menggunakan udang walaupun tempura juga boleh digunakan untuk menggoreng sayur-sayuran juga. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan 

  • Udang saiz besar dibuang kulit hingga ¼ bahagian ekornya.
  • Garam sedikit
  • Lada sulah secukupnya

Bahan bancuhan tempura

  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan air sejuk + ketulan ais
  • 1 cawan tepung gandum
  • garam
  • serbuk lada sulah
  • *campur semua dan bancuh sebati

Kaedah

  • Panaskan kuali dan tambahkan minyak masak.
  • Panaskan minyak masak dan celup udang dalam bancuhan tepung tempura tadi.
  • Goreng dan jaga agar udang tidak hangit.
  • Toskan udang sebelum dihidang.
  • Siap! 

Walaupun ini masakan Jepun tapi udang tempura sedap dicicah dengan sos cili Thai kerana rasanya yang manis dan sedikit masam amat sesuai dengan udang tempura ini. Atau boleh jadi kerana selera orang Asia itu sangat menebal membuatkan saya lebih suka ia dicicah dengan sos cili Thai (beli yang dah siap sahaja). Apapun selera diharap anda sudi cuba resepi ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.