Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Udang Goreng Butter Sedap Tak Ingat Dunia

Sesekali kita cuba lauk kering apa salahnya kan? Udang goreng butter ini memang cukup padu kombinasi yang ada. Rasa masin lemak dan manis pada udang pasti membuatkan anda rasa tak pandang kiri kanan lagi dah.


Ada pelbagai cara yang boleh masak dengan lauk ini antaranya ialah masak bersama nestum, telur atau keju. Ikut kepada citarasa anda. Nak rasa pedas anda boleh taburkan cili pada lauk ini cukup terangkat. Kalau nak order dekat kedai udang goreng butter boleh tahan juga mahalkan, tak apa jom kami bantu anda dengan resepi dari Siti Mariam.

Bahan-bahan

  • Udang
  • Tepung jagung
  • Garam dan perasa gaulkan goreng garing (ketepikan)

Bahan goreng telur

  • Telur (kuning sahaja, dikacau macam nak buat telur dadar tu sehingga gebu)
  • Minyak
  • Butte
  • Cili padi dihiris
  • Daun kari

Cara Penyediaan

  1. Panaskan Planta/Marjerin di campur dgn minyak, dah betul-betul panas terus senduk pusing-pusing.
  2. Masukkan telur kuning (part ni kena ada skill sikit, mangkuk yang ada telur kuning yang telah dikacau diangkat tinggi dan perlahan-lahan di tuang di dalam kuali untuk dapatkan dalam macam gambar.
  3. Sambil tuang kuning telur tu kena kacau laju-lajusupaya buih telur tak terlalu membuak.
  4. Sambil kacau tu masukkan sedikit perasa, gula, kacau sehingga warna sarang telur ke emasan
  5. Kemudian masukkan daun kari dan cili dalam telur yang sedang dikacau dan sebatikan tak perlu letak garam sebab butter dah masin.
  6. Selepas itu cepat-cepat tapis telur tadi dalam tapisan pastikan minyak betul-betul tapis dan boleh dihidang.

Resepi ini paling penting adalah untuk anda tahu teknik telur dadar yang betul. Jika silap teknik ia maka resepi ini tidak jadi. Telur dadar sarang perlu lah dibuat dengan teliti dan cepat.

Resepi Menarik Yang Lain

Jika dah tahu teknik jangan lupa cuba ya. Jika anda skroll di laman kami ini anda boleh lihat banyak lagi resepi menarik yang ada. Terima kasih kerana menjadikan kami sebagai tempat rujukan masakan anda.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!