Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Shellout Mix Viral Sesuai Tekak Semua Orang

author name

Resipi kali ini merupakan resipi Shell yang diubah suai supaya menepati selera mereka yang tidak gemar makanan. Dalam pukul sian kali ini hidangan ini amat sesuai dijadikan hidangan terutamanya ketika meraikan sesuatu. Shell out kali ini mengabungkan udang garlic, kepak ayam korea dan lamb chop. Idea seperti ini sangat sesuai terutama bila dalam keluarga ada yang tidak makan udang atau ada yang tidak makan kambing.

Baiklah bagi anda yang mencari-cari idea bagi hidangan untuk meraikan hari istimewa jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan.

Udang Garlic

Bahan utama

  • 1/2 kilo udang saiz extra besar, gaul dengan garam

Bahan tumis

  • 10-20 ulas bawang putih dicincang halus.
  • 1 biji bawang potong dadu 
  • 2-3 tbsp serbuk kepingan cili

Kaedah

  • Goreng udang sehingga masak (jangan terlalu garing)
  • Toskan udang yang telah digoreng.
  • Kurangkan sedikit minyak dan kemudian goreng bawang putih sehingga ia sedikit garing.
  • Alihkan.
  • Tambah sedikit minyak jika perlu kemudian tumis bawang besar.
  • Masak hingga ia layu dan kemudian masukkan udang.
  • Taburkan bawang putih tadi.
  • Akhir sekai taburkan serbuk kepingan cili.
  • Siap!

Lamb Chop

Bahan-bahan utama

  • 5 keping lamb chop beku yang telah dinyahbeku.
  • (Bersihkan terlebih dahulu)

Bahan-bahan perapan

  • 3 sudu besar sos bbq
  • 2  sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk bawang
  • 1 sudu besar serbuk garlic
  • 1 sudu besar mix herb
  • 1 sudu makan lada hitam yang dikisar halus
  • 1 sudu makan madu ( pilihan)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam sedikit

Kaedah

  • Gaul semua bahan perapan dengan rata dan sebati.
  • Perap lamb chop dengan bahan ini sekurang- kurangnya 30 min
  • Dengan menggunakan kuali leper dan sedikit minyak, masak lamb chop diatasnya sehingga masak dikedua-dua belahya.

Bahan utama

  • ½ kilo kepak ayam
  • 3 ulas bawang putin dan ½ inci halia (tumbuk lumat dan perap dengan ayam)

Kaedah

  • Goreng kepak ayam dengan tepung bestari dan ketepikan

Bahan-bahan sos korea

  • 3 biji bawang putih (tumbuk halus)
  • 3 sudu cili powder (bancuh dgn setengah cawan air)
  • 2 sudu sos korea
  • 1 1/2 sudu cuka
  • 1 sudu gula perang 
  • 1 1/2 sudu madu
  • Garam secukup rasa
  • Tumis bawang putih sampai garing dan masukkan pes cili.
  • Apabila ia telah naik minyak, masukkan sos.
  • Kacau sebentar kemudian masukkan cuka,gula perang, madu dan sedikit garam.
  • Tunggu sejuk sebentar baru masukkan kepak ayam yang telah digoreng.
  • Hiaskan dengan bijan yang telah disangai.
  • Siap!

Bahan lain

  • Sayur brokoli
  • Jagung manis
  • Direbus empuk kemudian digaul dengan semua bahan sebelum dilambak diatas shellout mix. Boleh juga tambah daun salad jika suka.

Hidangan ini boleh dihidang bersama nasi putih atau roti atau diratah begitu sahaja, sesuaikan ia dengan selera anda terutama bila melibatkan anak-anak yang tidak makan pedas. Apapun ianya pasti amat berbaloi untuk anda cuba. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.