Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Buffalo Chicken Wing Macam Western Food

Resepi kali ini merupakan resepi yang ditiru daripada masakan Barat. Ianya amat popular di sana dengan nama Buffalo chicken wing. Biasa nya ia dinikmati bersama cheese biru dan juga saderi . Namun oleh kerana di negara kita penggunaan cheese adalah terhad maka kita ubah suai sedikit resipi ini agaknya ia sesuai dengan citarasa orang kita.Ā 

Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kedai yang berdekatan.

Bahan utamaĀ 

  • 12 ketul kepak ayam
  • *gaul dengan garam dan serbuk perasa

Bahan kering

  • 4 tbsp tepung beras
  • 2 tbsp tepung gandum
  • 1 tsp garamĀ 
  • 1 tbsp serbuk cili/paprika
  • 1 tsp baking powder
  • Ā½Ā  tsp ajinomotoĀ 

Bahan SosĀ 

  • 4 sudu besar sos koreaĀ 
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 tsp serbuk paprikaĀ 
  • Secubit garam
  • 1/4 sudu teh gula pasir
  • 3 ulas bawang putih di tumbuk halus
  • 1 sudu besar butter

KaedahĀ 

  • Panaskan butter dan tumiskan bawang putih
  • Bawang putih naik bau masukkan sos cili,sos Korea, serbuk paprika dan sos tomato.
  • Biarkan berbuih sedikit
  • Masukkan garam dan gula
  • Kacau sebentar dan masukkan kepak ayam tadi
  • Tutup api dan gaulkan sos seluruh kepak ayam

Kaedah

  • Bersihkan kepak ayam.
  • Gaul dengan garam dan serbuk lada Sulah.
  • Kemudian tambah dengan 2 sudu bahan kering yabg telah dicampur.
  • Perap sebentarĀ 
  • Sediakan minyak penuh dan panaskan
  • Sebelum goreng ayam, gaul dengan baki bahan kering dulu.
  • Toskan selepas goreng.
  • Gaul dengan sos dan makan ketika masih panasĀ 

Jika anda suka lebih pedas anda boleh menggunakan cili yang dikisar. Penggunaan seperti serbuk paprika dan sos Korea adalah untuk memberi kesan atau rasa yang lebih sedap. Taburi ia dengan biji bijan hitam ataupun Bijan peti untuk menaikkan rasa dan aromanya lagi. Selamat mencuba!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!