Resepi Tradisional, Moden & Terkini

5 Resepi Udang Sedap Sampai Jilat Jari

author name

Buat penggemar makanan udang, resepi kali ini adalah berasaskan udang. Sebenarnya tak ramai yang boleh makan udang. Ada yang akan dapat allergic dan gatal-gatal lagi serius bengkak satu muka. Untuk anda yang tak ada alahan, boleh teruskan membaca resepi udang ini.

Bila dapat udang yang fresh dan terus masak rasa manis udang memang sedap. Ada banyak jenis udang yang sebenarnya ada. Setiap jenis udang juga kalau masak memang sedap. Dah tunggu apa lagi jom baca resepi berasaskan udang ini.

Resepi Sambal Udang

Siapa sahaja tak suka dengan sambal udang kan? Nak pula makan dengan nasi panas tak pandang belakang dah. Jom cuba resepi dari Hurun’Iin Malik ini.

Bahan-bahan

  • 700g Udang
  • 3 biji Bawang besar (blend)
  • 4 ulas Bawang putih (blend)
  • 2 biji Bawang potong bulat
  • 1 paket cili boh (250g)
  • 1 buku kecik gula nisan (hiriskan)
  • 1/2 sudu pes asam jawa
  • Garam
  • Minyak

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak dan goreng dulu udang, tapi jangan lama nanti keras bagi juicy, dah masak boleh asingkan udang di pinggan lain.
  2. Guna minyak udang tadi untuk tumis bawang merah dan bawang putih yang dah di blend sehingga wangi.
  3. Masukkan cili boh dan masak sehingga garing. (jika kurang minyak boleh tambahkan lagi sebab nak pastikan cili masak garing)
  4. Jika nak basah2 boleh tambahkan air sikit. Then masukkan gula nisan dan perasakan dengan garam. Masukkan udang yang dah digoreng tadi gaul sekali. Siap!

Resepi Udang Harimau Masak Lemak Cili Api dan Nenas

Salah satu resepi yang selalu dimasak bersama udang. Resepi masak lemak cili api bersama nenas. Cukup semua rasa ada, pedas, manis dan masam. Terliur habis kan resepi dari Ezatie Akma.

Bahan-bahan

  • Cili padi 6 biji ikut kepedasan
  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia 1 inci
  • Serai
  • Sikit serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Aji
  • Santan
  • Nenas

Cata Penyediaan

  1. Bland bawang besar bawang putih cili padi dan serbuk kunyit.
  2. Serai dititik saja.
  3. Tumis bahan bland masukan serai nenas dan santan, kacau sampai nenas masak kemudian masukan perasan garam gula dan Aji last masukan udang siap.

Resepi Udang Goreng Kacang Buncis

Lauk sayur paling mudah nak buat, udang goreng dan kacang buncis. Kalau dah kering idea nak masak apa, boleh cuba resepi dari Aminuddin Amzar Amran

Bahan-bahan

  • Segenggam kacang buncis
  • 2 keping tempe
  • 10 ekor udang saiz sederhana
  • Sedikit suun
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 tangkai cili padi
  • 15 ekor ikan bilis

Cara Penyediaan

  1. Bawang putih, bawang merah dan cili padi mayang seperti biasa.
  2. .Kacang buncis hiris nipis menyerong
  3. Suun potong lebih kurang setengah jengkal. Rendam dalam air.
  4. Udang saya buang kepala dengan kulit. Tinggalkan sikit bahagian ekornya.
  5. Tempe dipotong dadu dan digoreng. Angkat dan toskan.
  6. Masukkan 3 sudu minyak dan tumis bahan mayang tadi dengan ikan bilis.
  7. Bila bawang dah jernih dan naik bau masukkan 1 sudu kecil garam, gaul sebati.
  8. Masukkan udang, gaul sebati. Tunggu seketika sehingga udang separuh masak kemerah-merahan.
  9. Masukkan kacang buncis dan gaul seketika. Biar warna kacang buncis sedikit jernih.
  10. Lebih kurang 2-3 minit masukkan suun. Gaul sebati.
  11. Akhir sekali, masukkan tempe tadi. Gaul dan sedia untuk dihidang

Resepi Udang Butter Milk

Selalu kita dengan ayam masak buttermilk kan? Kali ini kita ubah sikit tukar kepada udang masak buttermilk. Rasa lagi sedap dan cukup serasi. Resepi dari Fairuz Abu Hassan

Bahan-bahan

  • Udang galah@apa je la udang yang sizenya besar @ sederhana
  • Buttercup (lagi banyak lagi sedap)
  • Susu cair dalam setengah tin.Nak berkuah boleh letak lebih.
  • Bawang putih 7 ulas (dikisar halus)
  • Cili api kalau suka (tumbuk@kisar halus bersama bawang putih)

Cara Penyediaan

  1. Goreng dulu udang dengan mentega sehingga agak garing. Asingkan.
  2. Guna bekas goreng udang tadi,tumis bawang putih dan cili api yang dikisar tadi
  3. Bila dah agak garing,masukkan susu dan garam.
  4. Kacau sebati.Masukkan udang.
  5. Masak sehingga pekat. Siap!

Rendang Udang Tanpa Santan

Selalu buat rendang ayam atau daging kan? Jom sesekali ubah sikit citarasa mencuba resepi rendang udang tapi tanpa santan, Memang sedap resepi dari Wany Sharif

Bahan-bahan

Bahan kisar

  • ‌Bawang merah
  • ‌Bawang putih
  • ‌Halia
  • ‌Lengkuas
  • ‌Serai
  • ‌Cili kering
  • ‌Buah keras
  • ‌1 sudu besar biji ketumbar yang disangai

Bahan lain

  • ‌Kerisik
  • ‌Gula putih@gula nisan
  • ‌Garam secukup rasa
  • ‌Serai 2-3 batang untuk dititik
  • ‌Daun limau purut
  • ‌Daun salam(option)
  • ‌2 sudu besar kicap manis
  • Udang

Cara Penyediaan

  1. Goreng udang separuh masak, ketepikan.
  2. Blend semua bahan2 untuk dikisar.
  3. Tumis bahan kisar dan serai yang di titik sehingga naik bau dan sehingga cili kering yang dikisar sudah masak(berubah warna menjadi sedikit gelap.
  4. Masukkan gula putih@gula nisan. kacaukan bagi sebati.
  5. Letakkan 1 senduk air dan kacau sebati keringkan sedikit masukkan 2 sudu besar kicap manis dan kacau.
  6. Masukkan kerisik dan garam (secukup rasa) kacaukan sebati dan biarkan dia naik minyak sekejap.
  7. ‌Letakkan udang yg telah digoreng separuh kecilkan api bagi dia naik minyak kacau sekali sekala bagi sekata.
  8. ‌Masukkan daun limau purut dan daun salam (jika ada) kacau sekejap dan siap.

Resepi Menarik Yang Lain

Kalau nak resepi menarik yang lain jangan lupa cari di laman web kami. Banyak resepi menarik dan sedap yang anda boleh cuba. Terima kasih kerana singgah di lawan web ini.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *