Resepi Tradisional, Moden & Terkini

5 Resepi Biskut Nutella Tak Cukup Satu Balang

author name

📄

Resepi kali ini kami sediakan khas untuk peminat nutella. Siapa sahaja yang tak suka dengan Nutella kan? Sedap bila dimakan bersama roti atau dijadikan filling. Kali ini kami nak kongsikan resepi biskut nutella untuk anda. Makan satu memang tak cukup. Kalau nak beli di luar boleh dikatakan agak mahal juga kan? Tak apa anda ikut sahaja resepi yang bawakan ini dah mencukupi. Jom baca koleksi resepi biskut nutella yang rangup ini.

1. Resepi Nutella Button Cookies

Bak kata Chesu Riani biskut nutella ini adalah biskut kayangan, Ye lah mana kan tidak harga seba;ang kecil nutella boleh tahan. Jom baca resepi ini.

Bahan-bahan

  • 250g butter (pakai butter campuran pun boleh)
  • 80g gula icing (kacau sebati guna mixer/ senduk kayu)
  • 16g serbuk badam (tak adaboleh skip)
  • 16g serbuk koko
  • 16g tepung jagung (masukkan dalam adunan & kacau lagi)
  • 300g tepung gandum

Cara Penyediaan

  1. Masukkan tepung last & gaul sampi jadi doh.
  2. 200g badam cincang.
  3. Letak badam cincang pada pinggan secukupnya. Gris loyang.
  4. Bulatkan doh tadi sebesar ruas ibu jari/ 1 sdt metrik. Gelekkan pada badam. Dan leperkan sikit & tekan tengah untuk lubang Nutella.
  5. Susun semua di loyang. Dan baru paipkan Nutella. Nak mudah, Nutella masukkan dlm piping bag/ plastik makanan. Gunting hujung plastik & picit ke lubang yang kita tekan tadi.
  6. Panaskan oven 180′. Bakar 30min, on kipas, rak paling bawah. Suhu saya guna oven Khind 52L. Terpulang suhu oven masing-masing.
  7. Dah masak, tungu sejuk betul baru masuk balang.

2. Resepi Nutball Nutella

Satu lagi resepi biskut nutella yang dapat tekstur rangup adalah resepi dari Iesya Sofea. Nak lagi sedap letak banyak cebisan kacang di keliling biskut memang tak puas makan.

Bahan-bahan

Bahan A

  • 180g butter(pure butter lbh sdp)
  • 50g gula kastor
  • 25g brown sugar
  • 1¹/² ts esen vanilla
  • 1bj Telur putih

Bahan B

  • 185g tepung rose(tepung biskut) tpg gandum pun blh
  • 20g coco powder
  • 20g milk powder
  • 25g tpg beras
  • 30g tpg jagung
  • 30g hazelnut powder

Bahan C

  • Almond nibs
  • Putih telur

Bahan D

  • Nutella spread

Cara Penyediaan

  1. Gaul Bahan A sehingga sebati. Jangan sampai kembang.
  2. Masukkan Bahan B segala tepung ayak. Gaul sampai jadi doh dan tak lekat pada tangan. Doh tak keras dan tak lembik.
  3. Timbang ikut saiz yang nak.
  4. Bulatkan dan celup dalam putih telur dan golekkan dalam almond nibs. Buat lupang ditengah.
  5. Bakar api atas 170′ bawah 150′ 20mnt atau ikut oven masing-masing.
  6. Siap Bakar baru paipkan nutella dalam biskut yang dah buat lubang tadi. Hentak sikit nak bagi nutella sekata dan tak membukit.

3. Resepi Biskut Nutella Tart

Salah satu biskut yang sering kita nampak ketika Hari Raya adalah biskut tart nutella, Mungkin dengan bersaiz mini sesuai dijadikan hidangan. Jom baca resepi dari V’LadyRidani Marina.

Bahan-bahan

  • 250gm butter
  • 2 tablespoon/sudu besar gula aising
  • 380gm tepung gandum
  • 2 tablespoon/sudu besar tepung kastard
  • 2 tablespoon/ sudu besar susu tepung
  • Nutella

Cara Penyediaan

  1. Pukul butter and gula aising hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung susu dan tepung kastard. Gaul hingga menjadi doh.
  3. Canai dan terap.
  4. Bakar pada suhu 150°C selama 15 minit.
  5. Keluarkan dari ketuhar dan terus paipkan Nutella ke atasnya.
  6. Bakar semula untuk 15 minit lagi.

4. Resepi Biskut Nutella 4 Bahan

Resepi ini paling senang nak buat kerana menggunakan 4 bahan sahaja. Kalau anda baru berjinak-jinak nak buat biskut, boleh lah cuba resepi dari Ummul Atika ini.

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan nutella
  • 3 sudu besar susu manis
  • 1/2 sudu teh soda

Cara Penyediaan

  1. Campur je semua bahan. Simpan dalam peti sejuk 15minit supaya adunan keras sikit.
  2. Susun atas baking tray. Ummul cubit cubit aje adunan ni pastu terus susun.
  3. Bakar pada suhu 170 darjah selama 15-20minit (ikut saiz biskut)
  4. Biskut siap masak bila bahagian bawah biskut nampak perang.
  5. Boleh masukkan 1 sudu serbuk koko untuk rasa coklat yang lebih umphhh.
  6. Boleh tambah air sikit kalau adunan terlalu kering.

5. Resepi Nutella Bambam

Sesuai dengan nama yang diberikan, biskut nutella bambam. Mana tidaknya, bila tengok pada teksturnya memang tebal dan rangup. Kenyang betul. Resepi ini dari Suzi Yanti Md Hane.

Bahan-bahan

  • 200 gram tepung gandum
  • 125 gram butter
  • 1 tspn tepung jagung
  • 1 tspn baking powder
  • 1 biji telur
  • 40 gram gula perang
  • Esen vanila
  • Garam
  • Badam cincang
  • Nutella

Cara Penyediaan

  1. Pukul telur dan butter hingga lembut. Kemudian masukkan gula perang. Pukul hingga separa kembang.
  2. Masukkan esen vanila dan sedikit garam. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder. Uli sebati.
  4. Bulatkan doh supaya menjadi seperti pod, dan gelekkan ke dalam badam cincang.
  5. Apabila siap kesemua doh, boleh paipkan nutella ke atas doh tadi.
  6. Bakar suhu 145 selama 15 minit. Sedia dihidang semasa menyambut lebaran. Selamat mencuba.

Resepi Menarik Yang Lain

Banyak lagi resepi menarik yang telah kami sediakan untuk anda jadikan sebagai rujukan. Terima kasih kerana singgah di laman web kami. Dah baca sila share ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *