Resepi Biskut Horlicks
.
Bahan A
.
100gm mentega
50gm minyak sapi
60gm gula kaster
.
Bahan B
.
120gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm horlicks
50gm cornflakes kisar halus
.
Hiasan : serbuk horlicks secukupnya.
.
Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga sebati, masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 15 minit.
2. Canai dan terap dengan acuan yang di sukai.
3. Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit.
4. Biarkan biskut suam, gaul dengan serbuk horliks.
.
*** jika adunan agak lembut, tambah sedikit tepung sehingga boleh di terap.
Jom share artikel ini jika bermanfaat
Tentang penulis
Resepi.My