Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Biskut Choc Chip Rangup Confirm Korang Enjoy Asyik Makan Nih

author name

Resepi berikut ini merupakan satu lagi resepi choc chip cookies yang sangat popular. Biskut choc chip sangat digemari ramai sehinggakan ia mempunyai peminatnya yang tersendiri. Tidak hairanlah jika Ianya juga mempunyai banyak versi yang disesuaikan dengan selera peminatnya. Contohnya perkongsian kali ini ia menghasilkan cookies yang sangat sedap dan wangi.

Baiklah seperti resepi yang dikongsi kali ini, bahan-bahan dan teknik yang digunakan sedikit berbeza dan memberi rasa yang lebih sedap, berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 250g pure salted butter
  • 11/4 cawan brown sugar
  • 1 biji telur
  • 1tsp esen vanila

B

  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung
  • 1tsp soda bikarbonat
  • 1tsp baking powder

C

  • 6tbsp minyak masak

D

  • 1 cawan choc chip
  • 1cawan choc nib
  • ½ cawan walnut siap bakar.

Kaedah

  • Mula-mula pukul bahan A dengan spatula hingga sebati.
  • Kemudian masukkan telur 1 biji dan esen vanilla.
  • Kacau agar sebati kemudian tuang bahan B dalam bahan A sambil kacau sedikit demi sedikit hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan bahan D dan biarkan dalam petiais selama 4-6 jam.
  • Guna aiskrim scop dan bentukkan bulat-bulat sebelum dibakar pada suhu 160c selama 15min-20min.
  • Alih dan sejukkan cookies sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
  • Siap!

Bagi mendapat rasa yang premium bahan-bahan digunakan juga seharusnya premium. Contohnya gunakan butter berkualiti seperi lurpark dan coklat yang berkualiti seperti callebout dan anda akan merasai sendiri perbezaannya. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.