Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Cookies Choc Chip Callebout Jenis Lembut dalam Rangup Luar

author name

Resepi biskut kali ini merupakan resepi klasik biskut cookies yang rangup diluar namun lembut didalam. Cookies sebegini mempunyai peminatnya yang tersendiri Ianya lebih sedap dari yabg dijual di subway atau seumpamanya. Terutama bila ia baru dibakar, aromanya sangat menyelerakan. Baiklah jika anda tercari-cari resepi cookies yang lembut dan chewy didalam berikut adalah bahan-bahan diperlukan.

Bahan A

  • 115g butter
  • ½ cawan gula halus
  • ½ cawan gula perang
  • Telur 1 biji

Kaedah

  • Pukul semua bahan kecuali telur dengan tangan hingga sebati.
  • Perlahan masukkan telur dan kacau sebati.

Bahan B

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 tbsp tepung jagung
  • ½ tsp soda of bikabornat

Kaedah

  • Ayak semua bahan dan campur dengan bahan A.
  • Gaul sebati.

Bahan C

  • 1 cawan choc chip callebout
  • ½ cawan kacang walnut cincang siap bakar 

Kaedah

  • Masukkan semua bahan C kedalam bahan A yang telah dicamour dengan bahan B.
  • Bulatkan sebesar guli dan simpan dalam petiais beberapa jam.
  • Bakar pada suhu 160c selama 20-25min.
  • Sejukkan diatas besi redai kerana cookies lembut ketika ia masih panas.
  • Siap!

Cookies seperti ini dipengaruhi oleh kualiti bahan-bahan yang digunakan. Antara petua menghasilkan cookies yang sedap ialah menggunakan choc chip yang besar dan simpan doh dalam petiais sebelum dibakar agar rasanya sebati dan baunya lebih sedap. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.