Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Puding Roti Microwave Siap Dalam Masa 5 Minit Je

Resepi kali ini merupakan resepi mudah untuk menyediakan puding roti dengan menggunakan microwave. Bahan yang digunakan adalah seperti menyediakan puding roti biasa tapi ianya lebih mudah kerana dimasak menggunakan microwave sahaja. Tempoh untuk menyediakan puding pula hanyalah kurang dari 5 minit Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan

  • 2 keping roti putih
  • ¼ cawan susu segar/susu cair
  • 1 biji telur
  • 2 tbsp gula halus
  • ½ tsp esen vanila (pilihan)

Kaedah

  • Mula-mula masukkan 1tbsp gula dalam belas ramekin dan kemudian masak dalam microwave sebentar (anggaran 3 min) hingga gula cair. Ketepikan.
  • Selepas itu kisar semua bahan dan tapis.
  • Masukkan dalam mug atau bekas ramekin yang telah disediakan tadi.
  • Masak 5 min menggunakan microwave (periksa selepas 3 min kalau dah set maksudnya dah masak)
  • Tunggu sejuk sebelum dinikmati
  • Siap!

Dengan penggunaan microwave Ianya sesuai bagi hidangan kecik sahaja. Namun jika anda ingin menyediakan untuk lebih anda boleh menggunakan loyang silikon saiz 6” atau mana-mana yang sesuai dengan saiz microwave anda. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.