Resepi Kek Coklat 2 Minit Masak Guna Microwave

Oleh:

Resepi kali ini merupakan antara resepi kek coklat yang paling mudah untuk disediakan. Penyediaannya hanya memakan masa 5 minit sahaja, namun rasanya amat sedap dan pasti memuaskan bagi peminat kek coklat. Oleh itu ia amat sesuai dihidangkan jika anda mengidam kek coklat dan antara bahan-bahan yang digunakan adalah tepung, serbuk koko, susu dan juga sedikit minyak masak.

Baiklah anda yang tertanya cara menyediakan kek coklat dalam mug, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 3 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp gula halus
  • 2 tbsp serbuk koko
  • Secubit garam
  • 3 tbsp susu
  • 2 tbsp minyak masak
  • ½ tsp esen vanilla

Kaedah 

  • Sediakan 1 mug saiz sederhana.
  • Masukkan semua bahan kering seperti tepung, gula, serbuk koko dan garam
  • Kacau agar bahan tadi sebati.
  • Selepas itu masukkan susu, minyak dan esen vanila.
  • Gaul guna sudu agar bahan-bahan ini sebati.
  • Dengan microwave masak kek dalam mug ini dalam masa 2 minit atau hingga ia masak.
  • Tunggu sejuk sebelum menikmati ia.
  • Selamat mencuba!

Resepi ini tidak menggunakan sebarang telur jadi ia sesuai bagi pengamal diet vegan atau orang yang alergi dengan telur. Jika suka anda boleh hidangkan ia bersama coklat ganache yang sangat mudah untuk disediakan. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini