Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Biskut Raya Sepanjang Zaman

Biskut merupakan sejenis makanan yang dibuat secara asasnya menggunakan tepung. Kemudian ia ditambah menggunakan beberapa bahan lain yang menjadikan ia mempunyai pelbagai versi dan rasa. Kepelbagaian ini dikongsi didalam koleksi kali ini, agar boleh menajdi rujukan kepada anda yang mencari-cari resepi-resepi biskut.

Berikut adalah resepi-resepi biskut yang boleh anda cuba terutamanya ketika menjelang perayaan seperti hari raya.

1)Resepi Semperit Dahlia Sukatan Cawan

semperit-dahlia
Imej via Facebook

Biskut samperit merupakan antara biskut pilihan terutama ketika menjelang hari raya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Allayarhamah Kak Norly, disebarkan melalui Ashiqin Sadikun dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1 cawan buttercup
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 biji kuning telur size B
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara – cara memasak:

  • Kacau semua bahan dengan senduk kayu saja. Terlebih kacau nanti semperit akan kembang ketika bakar. Jadi, kacau bagi sebati je.
  • Pakailah acuan yang disukai.
  • Bakar 180°c selama 15-20 minit atau sehingga masak.

2) Resepi Biskut Nestum

biskut-nestum
Imej via Facebook

Resepi ini telah dikongsikan oleh Makcik Ratu dan mendapat banyak komen positif di Facebook beliau. Ia diperbuat menggunakan nestum disamping beberapa bahan asas biskut, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1 cawan butter
  • 1 3/4 cawan brown sugar atau 1 1/2 cawan gula
  • 1 sdb esen
  • 1 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung
  • 4 cawan tepung Red Rose (tepung biskut)
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sdk soda bikarbonate
  • 1 cawan nestum
  • 1 cawan coklat chip
  • Almond nibs

Cara – cara memasak:

  • Gaulkan butter bersama gula dan esen vanilla sehingga sebati dan gula hancur.
  • Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
  • Masukkan minyak jagung.
  • Masukkan tepung biskut, tepung jagung dan soda bikarbonate yang diayak terlebih dahulu.
  • Masukkan nestum madu dan gaulkan kesemuanya.
  • Masukkan 1 cawan chocolate chips bersama almond nibs.
  • Gaul sehingga sebati dan cubit menggunakan tangan.
  • Oleskan loyang dengan sedikit butter supaya tidak melekat.
  • Bakar mengikut kepada ketuhar masing – masing.

3) Resepi Biskut Meringue Cookies

Berikut adalah resepi biskut yang sedikit moden,ia hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Bahan yang dimaksudkan ialah telur putih dan gula sahaja,meringue cookies ini mempunyai rasa seperti gula-gula kapas, jika anda ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan A

  • Telur 2 biji
  • Gula halus/castor 150g
  • Pewarna gel

Kaedah

  • Panaskan oven pada kadar 130 darjah celcius sekurang-kurangnya 10 min. Lapikkan dulang dengan kertas minyak dahulu. Dulang tidak perlu digris dahulu.
  • Mula-mula ‘double boil’ telur dan gula hingga keduanya larut. Sebaiknya guna ‘mixer bowl’ . Pastikan mangkuk pemutar bebas dari sebarang gris atau minyak.
  • Sejurusnya apabila keduanya telah larut ( uji dengan jari akan kadar kelarutan gula dahulu), Terus putarkan bancuhan ini.
  • Mula dengan kadar perlahan, masukkan setitis dua pewarna. Terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi ‘stiff peak’.
  • Gunakan beg piping dan nozzle star tip. Paipkan bancuhan diatas kertas minyak. Jarak tidak perlu jauh sangat,kerana adunan ini tidak akan mengembang. Juga tidak perlu terlalu rapat,untuk mengelakkan ia melekat-lekat.
  • Bakar pada suhu 130c selama 40min. Suhu perlu rendah supaya ‘meringue kisses’ tidak rentung. Ini untuk mengekalkan warnanya cantik.
  • Apabila telah masak,biarkan dahulu dalam oven. Ini pula untuk mengekalkan kerangupan meringue.

4) Resepi Biskut Kelapa

Imej via Facebook

Resepi ini telah dikongsikan oleh Mazliza Ahmad di akaun Facebook miliknya. Ia merupakan satu lagi resepi biskut yang telah menjadi kegemaran ramai dari zaman dahulu hingga kini. Ini adalah kuih raya tradisional, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kedai berdekatan.

Bahan – bahan:

  • 1 ketul butter (250gm)
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan kelapa parut (sangai dalam kuali hingga agak kekuningan)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam

Cara – cara penyediaannya:

  • Pukul gula dan butter hingga sebati menggunakan senduk kayu.
  • Masukkan telur dan esen vanilla.
  • Masukkan kelapa sangai tadi.
  • Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yg boleh diterap.
  • Bakar suhu 160 c selama 25 min.
  • P/s: Jika adunan agak lembik, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

5) Resepi Brownies Cookies

Seterusnya resipi biskut brownis ini diinspirasikan daripada Brownis. Ia menggunakan bahan yang sangat minima dan cara penyediaan nya juga ringkas sahaja tetapi ia mempunyai rasa yang sangat sedap. Anda yang ingin mencuba sendiri resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 250g dark chocolate coin 
  • 80g pure salted butter

B

  • 100g tepung gandum
  • 140g gula aising

  • Telur 2 biji
  • Almond flakes

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 150c sekurang-kurangnya 10 minit
  • Kemudian masukkan coklat ke dalam mangkuk bersih dan tambahkan mentega. Selepas itu letak mangkuk ini di atas periuk yang mempunyai air yang mendidih.
  • Pastikan coklat cair sepenuhnya. 
  • Dalam bekas lain masukkan tepung dan gula icing bancuh menggunakan hand whisk. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sehingga dua bahan ini sebati.
  • Campurkan bahagian A dengan bahagian B. Kacau dan pastikan adunan mempunyai tekstur berlipat lipat. 
  • Masukkan adunan ini di dalam beg piping. Paipkan adunan ini di atas lapik macaroon.
  • Taburkan almond flakes jika suka atau biar kosong juga boleh.
  • Bakar pada suhu 150 celcius selama 30 minit. Apabila telah masak letak di atas besi redai agar ia sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas yang kedap udara.
  • Siap.

6) Resepi Biskut Coin

Resepi ini menarik kerana ia menggunakan telur putih, ia pnya amat rangup dan amat sedap. Gunakan butter premium untuk rasa yang lebih sedap, cara membuatnya juga amat ringkas, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan biskut ini.

Bahan-bahan

  • 125g butter salted (guna yang pure)
  • ½ cawan gula halus
  • 3 biji telur putih.
  • ¼ sudu teh essn vanila
  • 1 cawan tepung

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 170c sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Pukul butter dulu hingga ia pucat.
  • Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit agar semua bahan sebati.
  • Bila adunan telah sebati masukkan telur putih juga sedikit demi sedikit.
  • Masukkan essn vanila. Pukul lagi.
  • Akhir sekali masukkan tepung gandum, dengan mesin jadi masukkan ia sedikit demi sedikit agar tepung berterbangan. Juga agar ia lebih sebati.
  • Masukkan bancuhan adunan ini didalam piping bag dan paip didalam lapik acuan macaron
  • atau paip terus diatas kertas minyak.
  • Bakar pada suhu 170c selama 15-20minit. Sejukkan diatas redai sejurus ia siap.

7) Resepi Biskut Red Velvet

biskut-red-velvet
Imej via Facebook

Resepi ini dikongsikan Emi Nuraziean dan mendapat banyak perkongsian ia merupakan sejenis biskut choc Chip tetapi menggunakan emulco red velvet. Rasanya sedikit berbeza kerana menggunakan minyak sapi. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

A

  • 250g buttercup
  • 1cwn myk jagung
  • 2cwn gula castor
  • 1bj telur
  • 1 sudu kecil serbuk koko
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu pewarna merah + oren

B

  • 500 gram tepung gandum
  • 1 sudu soda
  • 1 sudu baking powder
  • 1 cawan almond
  • 1 cawan chocolate chip

Cara – cara memasak:

  • Gaulkan bahan bahan A supaya semuanya sebati. Kejap sahaja ya.
  • Masukkan bahan B.
  • Siap untuk dibakar selama 20 minit.

8) Resepi Biskut Swiss Tart

Satu lagi resepi biskut yang menjadi viral,iaitu swiss tart. Biskut ini menarik kerana ia mempunyai inti dibahagian luarnya. Inti yang digunakan ialah isian strawberi. Sedap dan menarik,berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 250g butter
  • 85g gula aising

B

  • 170g tepung gandum
  • 170g tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila

C

  • 5 sudu besar coklat beras (chocolate rice)
  • Hiasan
  • Inti strawbery
  • Beg piping

Kaedah

  • Pukul bahan A iaitu butter dan gula hingga pucat dan sebati.
  • Masukkan bahan B sedikit demi sedikit termasuk esen vanila
  • Akhir sekali kacau semua menjadi sebati.
  • Masukkan kedalam beg piping, yang telah ditambah nozzle ‘open star’
  • Paipkan ke atas dulang yang telah digris. Jarakkan setiap satu biskut dan tambahkan inti strawberi diatasnya.
  • Bakar pada suhu 160c selama 15-20 minit,atau sehingga ia lekang dari loyang.

9) Resepi Biskut Sarang Semut

Satu lagi resepi yang telah lama digunakan oleh orang kita. Ianya menarik kerana rasanya rangup dan amat sedap. Cara membuatnya juga amat mudah. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 250g butter
  • 100g gula aising

B

  • 350g tepung gandum
  • 100g tepung jagung
  • Ayak kedua-duanya

C

  • 1 biji kuning telur
  • esen vanila
  • 1sudu teh pewarna kuning telur.

D

  • Chocolate rice

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10minit.
  • Dengan guna spatula atau senduk kayu,gaulkan butter dan gula aising sehingga berwarna putih/pucat.
  • Masukkan telur kuning dan gaul sebati. Tambah esen vanila
  • Akhir sekali masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
  • Gaul rata semua bahan agar sebati dan mesra.
  • Sagat adunan ini,kemudian letakkan didalam paper cup saiz mini.
  • Bakar selama 20 min pada suhu 160c.

10) Resepi Biskut Coklat Cip 

Ini adalah sejenis biskut yang sangat popular terutama dikedai famos amos. Iaitu biskut coklat cip, ia amat digemari oleh ramai orang terutama kanak-kanak kerana ia mempunyai coklat cip didalamnya. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 125 g butter
  • 35 g shortening
  • 50g gula castor
  • 150g brown sugar

B

  • 1 biji telur
  • ½ esen vanila

C

  • 250g tepung gandum
  • ½ sudu teh garam
  • ¾ soda bikabornat
  • Ayak dahulu

D

  • 150 coklat cip
  • 50g badam hancur (almond nib)
  • 50g badam kisar (ground almond)
  • Bakar semua jenis kacang dahulu

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10minit.
  • Dengan guna spatula atau senduk kayu,gaulkan butter dan gula sehingga berwarna putih/pucat.
  • Masukkan telur dan gaul sebati. Tambah esen vanila
  • Akhir sekali masukkan bahan-bahan C
  • Gaul rata semua bahan agar sebati dan mesra.
  • Tambahkan bahan-bahan D.
  • Dengan menggunakan sudu,letakkan sesudu adunan untuk sekeping biskut.
  • Bakar selama 20 min pada suhu 160c.

Itulah dia 10 resepi yang dapat dikumpulkan dalam koleksi kali ini. Kebanyakkan resepi didalam ini telah dicuba dan sememangnya menjadi. Diharap anda akan menjadikan koleksi ini sebagai rujukan dan memberi inspirasi kepada anda untuk menyediakan biskut sebagai hidangan terutama menjelang hari raya nanti. Selamat mencuba!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *