Resepi Udang Kam Heong Ala-ala Restoran Sesuai Seisi Famili

Oleh:

Resipi kali ini merupakan resipi yang sangat sesuai dihidangkan sebagai hidangan utama makan malam atau tengah hari. Udang kam heong bagi saya merupakan masakan yang menggabungkan masakan dari budaya orang India dan juga orang Cina. Antara bahan yang digunakan di dalam resipi ini ialah rempah kari, sos tiram dan juga udang yang bersaiz besar. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang digunakan .

Bahan-bahan

  • ½ kg udang bersih

Bahan tumis

  • 1 ulas bawang merah potong dadu
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • 2 tangkai daun kari
  • 5 ulas cili padi belah dua

Bahan sos

  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu kicap
  • *sukatan bahan boleh dianggar mengikut saiz udang.

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan udang dan gaul dengan tepung jagung.
  • Goreng udang bersama kulitnya sekali, alih dan ketepikan.
  • Tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau.
  • Kemudian tambah semua bahan sos.
  • Tambah air jika suka berkuah.
  • Gaul hingga sebati dan kemudian masukkan udang.
  • Siap!

Hidangan ini sangat sedap dimakan bersama nasi panas jika anda suka anda boleh menjadikan kuahnya lebih atau sebaliknya anda kurangkan kuahnya dan anda boleh meratah udang mengikut selera anda, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]