Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Udang Galah Masak Lemak (Ringkas Dan Sedap)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi menu makan utama yang agak mewah. Resepi masak udang masak lemak ini merupakan sebuah masak lemak yang sangat berbeza dengan udang masak lemak cili api. Ini kerana didalam resepi asal ia tidak mempunyai sebarang cili, ia juga menggunakan buah keras yang lazimnya digunakan dalam masakan Indonesia untuk memekatkan kuahnya. Tambahan pula ia mempunyai aromanya yang tersendiri. 

Namun begitu masak lemak udang galah ini mengandungi bahan-bahan yang biasa terdapat dalam masakan melayu, seperti bawang, serai dan beberapa bahan lain. Mari lihat apakah bahan-bahan dan sukatan yang diperlukan untuk menghasilkan masak lemak udang galah ini.

Resepi Udang Galah  Masak Lemak (Ringkas Dan Sedap)
Bahan utama

  • Udang galah ½ kilo (10-15 ekor)

Bahan-bahan tumbuk/kisar

  • Bawang merah 4-5 ulas/Bawang besar ½ biji
  • Bawang putih 3 ulas 
  • Halia ½ inci
  • Lengkuas ½ inci
  • Kunyit hidup/1 sudu teh serbuk kunyit
  • Buah keras 1 @ 2 – untuk pekatkan kuah
  • Cili api segenggam (pilihan)
  • Serai 1-2 batang (tumbuk pecah)

Bahan lain 

  • Santan 200ml
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan udang, buang apa yang perlu, perasakan dengan garam dan kunyit sedikit, asingkan.
  • Tumiskan bahan yang telah ditumbuk/kisar bersama serai yang ditumbuk pecah.
  • Apabila telah naik bau, masukkan santan dan kacu sehingga ia sebati.
  • Tambah sedikit air jika perlu, garam, serbuk perasa dan gula jika perlu. Kemudian masukkan udang dan masak sehingga naik minyak.
  • Siap.

Masakan ini sangat sedap,namun oleh kerana resepi asal tidak menambah sebarang cili, Madam telah mengubahsuai dengan tambahan cili api segenggam. Manakala jenis udang galah yang digunakan pula ialah jenis besar, namun anda juga boleh menggunkan jenis biasa. Santan dan buah keras benar-benar menghasilkan kuah yang berlemak hingga menghasilkan minyak.

Anda boleh memilih untuk membiarkan ia berkuah dengan menambah sedikit air jika anda suka. Namun begitu, cubalah resepi ini dan rasai sendiri kelainan dan keenakannya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *