Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi Resepi Kari Dan Lemak Cili Api Paling Popular

Koleksi kali ini menghimpunkan 25 resepi kari dan juga lemak cili api. Seperti yang kita tahu masakan kari ini berasal daripada bahagian utara tanah air. Manakala masak lemak cili api pula berasal darpada bahagian selatan tanah air. Kedua masakan ini bagaimana pun adalah resepi yang sangat popular dan biasa digunakan di dalam di kalangan masyarakat kita tanpa mengenal bangsa mahu pun usia.

Berikut adalah himpunan resepi-resepi kari dan juga lemak cili api yang telah kami cuba sendiri. Bukan saja ianya sedap malah ia juga mudah untuk disediakan. Mari lihat resepi-resepi dibawah ini.

1) Resepi Kari Terung Udang

Resepi kari udang yang dikongsikan kali ini menggunakan udang galah sebagai bahan utamanya. Bahan rencah yang digunakan di dalamnya ialah terung. Amat mudah untuk disediakan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • 10 ekor udang galah

Bahan lain

  • 350 gm terung panjang
  • 30 gm serbuk kari ikan,dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
  • 600 ml santan
  • 2 sudu makan air asam java
  • Garam secukup rasa

Bahan tumis

  • 1 biji bawang besar,hiris halus
  • 6 ulas bawang merah,belah 2
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh halba
  • 4-5 sudu makan minyak

Kaedah 

  • Panaskan minyak and tumis bahan tumis hingga wangi dan bila bawang menjadi perang. Masukkan pes kari dengan sedikit air tumis hingga naik miyak.
  • Masukkan terung dan kacau rata. 
  • Masukkan santan dan air asam kacau rata dan biarkan masak hingga terung 1/2 masak masukkan udang dan garam kacau dan masak hingga terung masak.
  • Siap

2) Resepi Kari Sotong

Seterusnya ialah resepi kari sotong, masakan ini biasanya ditemui di Restoran Nasi Kandar. Namun harga nya agak mahal, Oleh itu jika anda ingin mencuba nya sendiri berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan

  • 8-10 ekor sotong, anggaran
  • 1 senduk minyak masak
  • 2 1/2 sudu besar rempah kari udang atau ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 6 batang sayur bendi
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 3 sudu besar pati asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk tumbuk lumat

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan untuk rempah tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 tangkai daun kari

Kaedah

  • Panaskan minyak di dalam periuk. 
  • Masukkan bahan rempah tumis dan diikuti bahan tumbuk halus. 
  • Masak sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan bancuhan pes rempah dan serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak.
  • Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering supaya tidak hangus.
  • Masukkan sotong, pati asam jawa dan kacau beberapa minit. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih.
  • Masukkan pula santan pekat, bendi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.
  • Siap

3) Resepi Kari Ketam

Resepi Kari Ketam ini amat diminati terutamanya oleh peminat-peminat masakan laut. Bukan sahaja sedap bahan yang digunakan juga minima dan ia juga mudah untuk disedia kan. Melihat bahan-bahan yang diperlukan di dalam sepi ini.

Bahan-Bahan

  • Ketam saiz sederhana (5 ekor)
  • 1 kotak santan
  • Bawang Merah dihiris
  • Bawang Putih dihiris
  • Halia dihiris
  • Serbuk kari Ikan
  • Sedikit cili giling
  • Asam keping
  • Daun kari
  • Tomato
  • Bendi
  • Garam dan Gula (secukup rasa)
  • Minyak untuk menumis

Kaedah 

  • Bersihkan ketam dan potong dua jika anda suka. Ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau. 
  • Kemudian masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air dan juga masukkan cili giling. 
  • Tumis hingga pecah minyak dan masukkan ketam, asam keping, sedikit air dan santan. Kacau sekejap, tutup dan tunggu sampai mendidih.
  • Apabila ketam mulai masak, masukkan tomato, bendi, garam dan gula. 
  • Tambah air jika perlu.
  • Siap.

4) Resepi Kari Kepala Ikan Penang

kari-kepala-ikan-penang
image via Facebook

Satu lagi resepi terkenal di restoran nasi Kandar, iaitu kari kepala ikan.Resepi ini telah dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman dan mendapat lebih 700 likes di media sosial. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut

Bahan – bahan:

  • Kepala ikan merah
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan
  • Garam dan sedikit gula
  • 1 sudu besar halba campur
  • Semangkuk kecil air asam jawa
  • Terung bulat (dipotong 4)
  • Tomato (dibelah 4)
  • Cili padi
  • Bendi
  • Minyak utk menumis

Cara – cara memasak:

  • Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi.
  • Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.
  • Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.
  • Kemudian masukkan terung, biar terung lembut seterusnya masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  • Kepekatan kuah bergantung pada anda ye, kalau nak cair tambahkan sedikit lagi air.
  • Apabila sudah mendidih masukkan ikan ye. Jangan kacau, biar je.
  • Apabila ikan dah hampir masak, masukkan bendi dan tomato. Setelah masak, angkat dan hidangkan

5) Resepi Kari Kepala Ikan

Resepi Kari Kepala Ikan ini adalah versi yang lebih ringkas dan sesuai bagi seisi rumah. Ia bukanlah versi asli kari penang, namun rasanya sedap dan sangat mudah untuk disediakan. Jika anda ingin mencubanya,berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • 1-2 ketul kepala ikan tenggiri

Bahan untuk dikisar

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawan putih
  • 1 inci halia.
  • 1/4 biji bawang besar

Bahan untuk di tumis

  • 3 sudu besar minyak masak
  • Sedikit daun kari

Bahan-bahan lain 

  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 paket rempah gulai ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 biji tomato di potong 4
  • 5 batang bendi
  • garam dan gula secukup rasa

Kaedah 

  • Bancuhkan serbuk kari dan serbuk cili menjadi pes yang pekat.
  • Panaskan minyak dalam periuk, tumisan bahan kisar,daun kari dan halba campur hingga naik bau.
  • Tumis pula pes serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana.
  • Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.
  • Siap dan sedia dihidangkan.

6)Resepi Kari Sardin

Resepi Kari Sardin, satu lagi resepi mudah dan cepat untuk disediakan. Kari kali ini menggunakan ikan sardin di dalam tin sebagai bahan utama. Ianya sangat mudah dan tahan lama. Jika anda tidak pernah mencubanya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 tin sardin besar (digoreng kosong dahulu)
  • Air asam jawa anggaran 1 mangkuk kecil
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk lada/lada kering kisar
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis

Bahan-bahan tumis

  • 1 sudu besar halba campur
  • Daun kari 2 tangkai
  • 4 biiji bawang merah dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • Sedikit halia dihiris

Kaedah

  • Mula-mula tumis semua bahan-bahan tumis.
  • Kemudian tumis pula rempah kari dan serbuk lada.
  • Tambahkan air asam jawa  sikit demi sedikit 
  • Kemudian masukkan sardin dan tambahkan garam,serbuk perasa dan sedikit gula jika anda suka.
  • Biar mengelegak sebelum tutup api.

7) Resepi Kari Ayam Ringkas

Resepi Kari Ayam Ringkas, satu lagi resepi yang paling kerap dihidangkan di dalam rumah orang Malaysia. Kari ayam sangat mudah untuk disediakan, dan bahan-bahannya juga mudah didapati. Jika anda tidak pernah mencubanya sendiri apa kata anda cuba resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Sebelah ayam saiz kecil (potong 8)

Bahan-bahan tumbuk

  • Bawang besar sebelah
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia 1 inci

Bahan-bahan hiris dan tumis

  • Bawang besar sebelah
  • Bawang putih 1 ulas
  • Daun kari sesudu

Bahan pes rempah

  • 1 peket serbuk kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • (Bancuhkan keduanya dengan air dan jadikan ia pes.)

Bahan-bahan lain

  • 1 biji kentang saiz besar belah 6
  • Satu peket kecil/satu kotak kecil  santan
  • Asam keping saiz kecil sekeping

Kaedah

  • Bersihkan ayam, perap dengan garam dan bahan-bahan tumbuk. Ketepikan.
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris hingga naik bau.
  • Tumiskan bahan pes pula, hingga garing dan naik minyak.
  • Tambahkan sedikit air serta kacau agar ia sebati.
  • Masukkan ayam dan kentang dan biarkan hingga airnya kering.
  • Masukkan pula asam keping dan santan, tambahkan air jika terlalu pekat.
  • Teruskan masak sehingga kentang empuk dan ayam masak.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Siap.

8) Resepi Udang Masak Kari

Resepi Udang Masak Kari, resepi ini sangat senang tambahan digunakan juga ringkas. Dan dalam sepi ini resepi ini ia menggunakan udang saiz biasa sahaja. Jika anda seorang peminat makanan laut anda patut cuba resepi ini dan anda pasti akan suka rasanya. Berikut adalah bahan yang diperlukan

Bahan utama

  • ½ kilo udang bersaiz besar.

Bahan-bahan hiris dan tumis

  • Bawang besar 1 labu saiz sederhana
  • Bawang  putih 2 ulas
  • Halia ½ inci.
  • 1 sudu besar halba campur.
  • Daun kari 1 pelepah

Bahan pes.

  • 2 sudu besar serbuk kari ikan.
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu sederhana serbuk cili (jika suka pedas)
  • Bancuh dengan air sehingga menjadi paste.

Bahan rencah

  • Tomato sebiji
  • Bendi 5 batang
  • Santan ½ peket kecil.
  • Asam keping sekeping saiz kecil
  • Air secawan

Kaedah

  • Bersihkan udang, gunting kepala dan duri diekornya.
  • Perasakan dengan garam,kunyit dan gula. Ketepikan.
  • Didalam periuk sederhana besar, panaskan minyak dalam anggaran sesenduk kecil.
  • Tumiskan bahan –bahan hiris, apabila telah naikbau. Tumiskan bahan paste kari.
  • Tumis sehingga ia naik minyak. Masukkan air dan sekeping asam keping saiz sederhana.  Gaul agar ia menjadi sebati.
  • Masukkan santan dan sentiasa kacau agar santan tidak pecah. Tunggu mengelegak baru masukkan udang, bendi dan tomato.
  • Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit jika suka.
  • Tunggu agar semua menjadi sebati dan mesra. Siap.

9) Resepi Kari Ayam Kentang

kari ayam kentang
Imej via Facebook

Kari ayam kentang juga termasuk menu tradisi yang patut dikekalkan. Jom cuba masak kari ayam kentang sedap resepi daripada Aslyna Nor Hassan di laman Facebook, sesuai dihidangkan dengan nasi putih atau roti. Mari lihat bahan-bahannya.

Bahan-bahan :

  • Ayam seekor,
  • *Bawang merah 5 biji,
  • *Bawang putih 3 ulas,
  • *Halia 1 inci,

(Blend bahan yang bertanda *).

  • Tomato 4 biji (dipotong dadu),
  • Ubi kentang (terpulang),
  • Daun ketumbar 1 pokok (letak lebih lagi sedap),
  • Yogurt ori 5 sudu (yang tidak ada perisa),
  • Serbuk kari 6 sudu penuh.

Cara-cara :

  • Tumis semua bahan blend bertanda *.
  • Kemudian masukkan tomato.
  • Masukkan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
  • Kemudian msukkan ayam dan kentang.
  • Masukkan sedikit air. Biarkan mendidih hingga ayam masak.
  • Kemudian masukkan yogurt.
  • Akhir skali masukkan daun ketumbar yang sudah dipotong.
  • Siap.

10) Resepi Kari Ayam Ala Nasi Kandar

kari ayam nasi kandar
Imej via Facebook

Resepi asli masakan mamak ia memiliki ciri khas tersendiri. Namun lain ceritanya jika ada resepi yang betul-betul diwariskan dari mamak seperti kari ayam nasi kandar yang dikongsikan oleh SaiJenisha SaiDaughter‎ yang berkongsi di laman Facebook. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam dipotong dan dibersihkan (gaul dengan serbuk kunyit),
  • 1 biji bawang besar dihiris (untuk tumis),
  • 1 ½ sudu besar pes halia dan bawang putih,
  • 1 biji tomato,
  • 2 biji cili hijau dibelah dua,
  • 2 tangkai daun pudina, daun pandan dan daun kari,
  • ½ cawan santan pekat tidak dimestikan,
  • 2-4 biji kentang sederhana besar, dipotong dua.
  • ½ ml air atau kepekatan yang diperlukan.
  • 3 sudu besar minyak masak untuk menumis.
  • Garam secukup rasa.

Rempah Ratus :

  • 4 sudu besar serbuk kari ayam/daging babas,
  • 1 keping kayu manis 2 inci,
  • 1 kuntum bunga lawang,
  • 2 biji buah pelaga,
  • 2 kuntum bunga cengkih,
  • 1 sudu besar serbuk kas-kas (pilihan),
  • 1 sudu besar serbuk cili,
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih,
  • 1 sudu kecil jintan manis,
  • 1 sudu kecil garam masala.

Cara-cara :

  • Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga.
  • Bila naik aroma, masukkan daun pandan (dipotong 3 helai), perlahankan api dapur.
  • Masukkan hirisan bawang, goreng sehingga hirisan bawang bertukar kepada warna keemasan, masukkan pes halia bawang putih.
  • Bila campuran ini mulai mengeluarkan aroma, masukkan pes rempah (pes rempah ini boleh disediakan dengan adunkan rempah kari ayam, jintan putih, kas-kas dan cili serbuk dengan sedikit air dan jadikan pes).
  • Masukkan ketulan ayam dan kacau serata untuk rempah disaluti ketulan ayam dalam 2-3 minit. Kacau sehingga sebatian ini mengeluarkan bau yang harum.
  • Masukkan daun kari. Dalam proses ini api dapur mestilah kecil supaya rempah ini tidak hangus.
  • Masukkan segera air ½ ml dan diikuti ubi kentang. Besarkan api dapur dan biarkan kuah kari anda mendidih selama 20 minit.
  • Kecilkan api dapur dan biarkan kari anda dalam keadaan reneh 15 minit lagi atau sehingga ubi kentang dan ketulan ayam anda masak sempurna. Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kehilangan dari dagingnya.
  • Sekiranya kuah anda pekat dan ingin cairkan jangan gunakan air biasa tetapi gunakan air mendidih. Bila gunakan air biasa kari anda akan wujudkan dua lapisan, dengan rempah kari akan terapung di atas permukaan atas dan air dibawah.
  • Masukkan santan, tomato, cili hijau, garam masala dan garam. Kacau rata supaya minyak tidak terapung di atas permukaan kari.
  • Bila kuah kari anda mula mendidih semula, matikan api dapur dan kari sedia untuk dihidangkan.
  • Taburkan daun pudina di atas kari dan tutup hidangan anda dengan penutup.

11) Resepi Kari Ayam Nyonya

kari ayam nyonya
Imej via Facebook

Resepi Kari Ayam Nyonya ini dikongsikan oleh Ciksha Sha di laman Facebook. Kari ayam nyonya berbeza dengan kari lain ialan kari ayam nyonya, bahan ditumis terlebih dahulu bersama ayam baru kemudian dimasukkan santan. Jadi rasa kari nyonya enak berlemak jadi anda harus mencubanya dan rasai sendiri kelaianannya.

Bahan-bahan:

  • Ayam ½ ekor,
  • Santan 1 bungkus kecil,
  • Bawang merah 6 ulas,
  • Bawang putih 4 ulas,
  • Serai 3 batang hiris,
  • Lengkuas 1 inci,
  • Halia 1 inci,
  • Kunyit hidup 1 inci,
  • Buah keras 4 biji,
  • Cili kering ikut pedas,
  • Cili besar 2,
  • Serbuk rempah daging 1 sudu besar.

Cara-cara :

  • Blend semua bahan kecuali ayam dan serbuk rempah. Kemudian tumis bahan.
  • Masukkan rempah kari, daun kari.
  • Masukkan ayam. Kacau sampai wangi masuk ke dalam ayam.
  • Masukkan santan, kentang dan daun limau purut.
  • Siap.

12) Resepi Mee Kari Kerang

mee-kari-kerang
image via Facebook

Resepi ini telah dikongsikan oleh Siti Mariam dan memperoleh banyak perkongsian. Mee kari menggunakan Menggunakan kerang sebagai bahan utamanya. Bagi anda yang tidak mencuba pernah mencubanya, berikut adalah bahan-bahan yang boleh didapati dikedai berdekatan.

Bahan – bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Daun kari
  • Serbuk kari
  • Santan
  • Mee
  • Tauge
  • Cili potong
  • Ayam
  • Udang
  • Fish cake
  • Tahu kering
  • Kerang segar

Cara – cara memasak:

  • Tumis kan bawang merah, putih,halia ,daun kari sampai naik baunya.
  • Kemudian masuk kan serbuk kari.
  • Tumiskan sampai pecah minyak.
  • Selepas itu, masukkan bahan mentah.
  • Masukkan air
  • Kemudian, apabila sudah masak bahan mentah itu, masukkan garam, kemudian masukkan santan.
  • Masukkan fish cake.
  • Kacau – kacau sedikit, siap!
  • Nota: Celurkan mee dengan air panas terlebih dahulu.

13) Resepi Lemak Cili Api Udang Kacang Buncis.

Seterusnya ialah resepi lemak cili api udang bersama kacang buncis. Masakan ini sangat terkenal di Negeri Sembilan. Jika anda peminat makanan laut apa kata anda cuba resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 10 ekor udang galah atau udang bersaiz besar.
  • Segenggam cili api
  • Santan 1 peket kecil
  • Asam keping ½ keping (atau 1 keping saiz kecil)
  • Serbuk kunyit 1 sudu teh
  • Kacang buncis 10-15 batang, dipotong pendek-pendek
  • Air secukupnya.

Kaedah 

  • Kisarkan cili api bersama ½ peket santan dan tambah air jika perlu.
  • Tuang kedalam periuk, nyalakan api. 
  • Tambahkan serbuk kunyit,asam keping dan air lagi untuk lebih kuah.
  • Masak hingga mengelegak, baru masukkan kacang buncis
  • Kemudian masukkan garam, serbuk perasa dan kunyit lagi jika ia kurang kuning.
  • Tambahkan baki santan. Masak lagi hingga mengelegak dan masukkan udang.
  • Masak udang jangan terlalu lama, memadai ia bertukar warna merah sepenuhnya. Tutup api.
  • Siap untuk dihidang bersama nasi panas.

14) Resepi Talapia Masak Lemak Cili Api

Bagi peminat ikan sungai apa kata ada mencuba resepi Talapia masak lemak cili api ini. Dalam resepi ini ikan Talapia digoreng terlebih dahulu, ini adalah kerana ikan Talapia berbau agak hanyir. Namun apabila ia dimasak didalam masakan lemak cili api ini rasanya amat sedap. Oleh itu anda haruslah mencubanya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan utama

  • 2 ekor ikan talapia merah/ hitam saiz sederhana (bersihkan dan perasakan dengan garam dan serbuk kunyit)
  • Segenggam cili padi
  • 300ml santan pekat
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 2 sudu besar jus limau kasturi.

Bahan rencah

  • 2 batang cili hijau (bersihkan dan belah 2)
  • 2 batang cili merah

Kaedah

  • Mula-mula gorengkan ikan talapia sehingga garing,ketepikan.
  • Kemudian kisar cili api bersama sedikit santan.
  • Tuang bahan kisar kedalam periuk, masukkan bersama ia jus limau kasturi dan serbuk kunyit.
  • Tambah sedikit air jika perlu.
  • Masak sambil kacau kuah agar santan tidak pecah.
  • Apabila kuah telah mengelegak, masukkan ikan dsn bahan rencah iaitu cili merah dan cili hijau.
  • Tambahkan baki santan dan kacau sekali sekala agar ia tidak pecah.
  • Siap

15) Resepi Lemak cili api Cendawan Kukur

Satu lagi resepi lemak cili api yang popular terutama di kalangan masyarakat kampung. Masakan ini menggunakan Cendawan Kukur sebagai bahan utama nya. Cendawan Kukur boleh didapati di pasar pagi di mana ada jual sayur sayuran dan ulam ulaman kampung.

Bahan-bahannya 

  • Satu piring Cendawan Kukur (buang kulit bawahnya dan dibersihkan)
  • Sedikit ikan bilis yang ditumbuk kasar 
  • 2 batang serai – dititik
  • 6-8 biji cili padi 
  • 1 cawan santan+1 cawan air
  • 1 keping asam gelugor 
  • Sedikit kunyit serbuk
  • Sedikit garam

Kaedah 

  • Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
  • Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air serta ikan bilis, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan cendawan kukur , biarkan seketika, akhir sekali baru masukkan asam keping, sesuaikan rasa, masukkan garam. Kacau selalu.
  • Biarkan kuah mereneh seketika, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas

16) Resepi Sotong Masak Lemak Cili Api

Resepi ini menggunakan sotong dalam masakan lemak cili api. Sotong amat jarang digunakan di dalam resepi lemak cili api, ini kerana aotong lazimnya mengeluarkan air yang banyak. Oleh itu sebelum anda masak lemak cili api anda boleh mengeringkannya terlebih dahulu. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara untuk menyediakan sotong masak lemak cili api ini.

Bahan-bahan

  • 1 kilo sotong segar
  • 2 cawan santan pekat – boleh tambah
  • 1 keping asam keping
  • 2 batang serai di titik
  • garam secukup rasa

Bahan kisar

  • 3 biji cili merah/segenggam cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup

Kaedah 

  • Bersihkan sotong dan ketepikan semua dulu .
  • Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan kisar sampai wangi .
  • Masukkan santan , serai dan asam keping .
  • Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong , sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak .
  • Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong masak dan boleh la ditutup api dapur.
  • Siap.

17) Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi

ketam-masak-lemak-cili-api
image via Facebook

Resepi ini telah dikongsikan oleh Ibu Husna Najla di laman Facebook dan mendapat banyak likes. Ketam masak lemak cili api adalah antara makanan laut yang selalu menjadi kegemaran orang. Jika tidak makan ketam nya sekurang kurangnya orang akan menikmati kuahnya.

Bahan – bahan:

  • 3 ekor ketam bunga
  • Seulas bawang putih
  • Seulas bawang merah
  • 5 biji cili padi (boleh lebihkan kalau suka pedas)
  • Sebiji tomato
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 keping asam keping
  • 1 batang serai
  • Sepotong nanas
  • Secawan santan

Cara – cara memasak:

  • Tumbuk cili api, bawang putih, bawang merah dan kunyit hidup.
  • Masukkan bahan yang ditumbuk dengan sedikit air bersama asam keping & serai. Masak sekejap sehingga kering air.
  • Masukkan ketam dan tambah sedikit air. Biarkan sampai mendidih.
  • Kecilkan api. Masukkan santan & nanas.
  • Biarkan sampai mendidih.
  • Masukkan garam secukup rasa. Tutup api, letakkan tomato & taburkan sedikit daun kunyit.

18) Resepi Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda Dan Udang

Satu lagi masakan kampung yang popular menggunakan cili api.. Masak lemak cili padi nangka muda dengan udang ini amat sedap dan mudah untuk disediakan. Jika anda peminat masakan kampung cuba lah resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan

  • 300 g udang tajam
  • 500 gram nangka muda
  • 2 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai, dititik
  • Bahan untuk kisar halus
  • 5-10 biji cili padi
  • 1 sudu teh serbuk kunyit atau ½ inci kunyit hidup.

Kaedah

  • Bersihkan udang dan kopek kan kulitnya.
  • Bersihkan nangka muda, potong kecil dan rebus sehingga lembut. Toskan.
  • Masukkan nangka ke dalam periuk bersama bahan kisar halus dan santan cair. Rebus di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
  • Masukkan serai, asam keping, udang dan santan pekat. Masak sehingga mendidih. Kuah perlulah selalu dikacau supaya santan tidak berketul.
  • Perasakan garam dan gula secukupnya.
  • Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
  • Siap.

19) Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

siput sedut lemak
Imej via Facebook

Satu lagi masakan kampung yang patut anda cuba. Resepi siput sedut masak lemak yang dikongsikan oleh Nora Azni di laman Facebook adalah resepi warisan yang patut anda cuba. Berikut adalah bahan dan cara untuk menyediakan ia, jangan lupa siput dicuci bersih agar tidak bau dan kotoran yang melekat hilang, makan pun tidak bimbang.

Bahan-bahan :

  • 1 kg siput sedut (potong bahagian hujung siput, rendam bersama asam keping) basuh bersih sampai hilang semua kotoran.
  • 2 batang serai (diketuk).
  • Santan pekat kotak kecil (dicampur dengan 1 gelas air).
  • Daun kesum.
  • 2 keping asam keping@gelugor.
  • Garam secukup rasa.

Bahan Kisar :

  • 3 ulas bawang putih*,
  • 3 ulas bawang merah*,
  • 10 biji cili padi hijau@merah*,
  • Kunyit hidup@kunyit serbuk*,
  • Sebesar ibu jari lengkuas*.

Cara-cara :

  • Kisar bahan-bahan yang bertanda * bersama sedikit air.
  • Masukkan ke dalam kuali atau periuk bersama serai.
  • Kemudian tambahkan asam keping dan siput sedut. (Kacau-kacau biar sebati).
  • Masukkan santan, garam dan daun kesum.
  • Agak-agak kuah sudah mendidih masak elok, boleh tutup api dan hidang.
  • Makin pekat kuah gulai makin sedap rasanya.

20) Resepi Lemak Cili Api Telur Itik Mangga Muda

Seterusnya masak lemak cili api telur itik besar menang mangga muda. Masakan ini agak unik kerana ia menggunakan telur sebagai bahan utama nya. Telur yang digunakan pula ialah telur itik,Ini kerana telur itik lebih besar. Anda haruslah mencuba resepi ini untuk mengetahui akan rasa dianya yang sedap itu. Berikut adalah bahan diperlukan,

Bahan utama

  • 2 biji telur itik
  • 1 biji mangga susu (mangga muda)

Bahan-bahan kuah

  • Segenggam cili api
  • Santan 1 biji kelapa
  • Asam keping setengah keping
  • Sehelai daun kunyit.
  • Air secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya.
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Kaedah

  • Mula-mula rebus telur itik didalam air panas berisi 2 sudu makan cuka, ini untuk mengelakkan telur pecah didalam kuah lemak. Ketepikan.
  • Kisar cili api dan separuh peket santan.Tuangkan kedalam periuk.
  • Masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit dan sedikit air.
  • Kacau selalu agar santan tidak pecah. Biar mengelegak sedikit.
  • Kemudian masukkan telur dan mangga, kacau sebati.
  • Tambahkan santan pekat dan air agar ia tidak terlalu pekat.
  • Masukkan daun kunyit yag dihiris.
  • Tambah garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Siap.

21) Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Salai

Di Negeri Sembilan resepi ini sangat popular iaitu masak lemak cili api daging salain. Daging disalai dahulu sebelum dimasak cili api, selain daripada rasanya yang lebih sedap, ia juga kerana daging lazimnya mengeluarkan air yang banyak dan akan menyebabkan warna kuning cili api ini terjejas. 

Bahan-bahan utama

  • 300g Daging yang telah disalai dan dihiris sederhana tebal.
  • 2 biji kentang dibelah 4
  • 1batang serai ditumbuk
  • Asam keping (1/2 keping) boleh letak lebih kalau suka lebih masam. Tapi biasanya masak lemak cili api daging tidak perlu terlalu masam.

Bahan-bahan kisar

  • Cili api segenggam
  • Santan pekat ½ cawan
  • 1 sudu makan serbuk kuny
  • Air secukupnya

Kaedah

  • Kisar semua bahan-bahan kisar hingga halus.
  • Masukkan kedalam periuk,buka api dan kacau sentiasa agar santan tidak pecah.
  • Masukkan terus kentang dan serai yang telah ditumbuk tadi.
  • Tambah air jika perlu.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa.Tambahkan serbuk kunyit jika kurang kuningnya.
  • Akhir sekali masukkan daging dan biar ia mengelegak sambil dikacau sentiasa agar tidak pecah santan.
  • Siap,boleh dihidang sekarang.

22) Resepi Lemak Cili Api Sardin

 Masakan lemak cili api ini adalah masakan yang paling versatile kerana ia boleh menggunakan pelbagai lagi jenis ikan atau ayam. Lemak cili api sardin ini Mestilah di cuba terutama bagi peminat lemak cili api atau masakan saja. Kombinasi kedua ini akan memberi rasa yang amat sedap yang anda harus cuba.

Bahan-bahan utama

  • Sardin Ikan Mackerel (Saiz kecil)

Bahan-bahan kisar

  • Cili api segenggam
  • Santan ½ – 1  kotak kecil

Bahan-bahan lain

  • Sebatang serai (ditumbuk hingga bahagiannya pecah)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Asam keping sekeping (saiz kecil)
  • Kentang sebiji saiz besar (kupas dan potong 6)
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Kaedah

  • Buka sardin dalam tin.Ketepikan.
  • Kisarkan cili api bersama separuh kotak santan, tambah air jika perlu.
  • Masukkan bahan kisar kedalam periuk, tambahkan serbuk kunyit, asam keping dan serai, kacau rata.
  • Masukkan juga kentang agar ia lebih cepat empuk.
  • Tambah air secawan. Kacau hingga mengelegak.
  • Kemudian masukkan sardin dan kacau rata.
  • Tambahkan santan jika ingin lebih pekat., jika tidak kepekatan sedia ada sepatutnya memadai.
  • Terus memasak sampai kentang empuk. Tambahkan garam dan serbuk secukupnya.
  • Siap.

23) Resepi Ayam Masak Lemak

Masakan ini agak unik kerana ayam dimasak dalam resepi ini akan digoreng dahulu sebelum dicampur dengan kuah. Rasanya juga tidak kurang hebat, maka anda harus mencubanya.

Bahan utama

  • Seekor ayam saiz kecik (bersih dan potong kecil)

Bahan kisar

  • 6 ulas bwg merah
  • 1 labu bwg besar
  • Cili padi segenggam 
  • Kunyit hidup / serbuk kunyit 1 sudu teh
  • Halia (pilihan)
  • Serai 5- 6 batang

Bahan perasa

  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Asam kpg sikit
  • Daun kunyit/ cekur
  • Santan

Kaedah

  • Mula-mula gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam,serta goreng separuh masak,ketepikan.
  • Kemudian panaskan minyak menggunakan baki minyak goreng ayam tadi dan tumiskan bahan yang telah dikisar.
  • Tumis sehingga minyak pecah, tambah air jika perlu.
  • Masukkan santan, garam,serbuk perasa,asam keping dan gula jika perlu.
  • Tambahkan ayam, masak sehingga kuah pekat,pecah minyak dan akhir sekali tambahkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
  • Siap untuk dihidang.

24) Resepi Ketam Masak Lemak Keledek

Resepi Ketam Masak Lemak Keledek ini merupakan satu lagi koleksi masak lemak cili api menggunakan ketam. Keledek yang ditambah dalam masakan ini pula memberi rasa manis yang amat sedap bila dikombinasikan dengan masakan lemak cili api.

Bahan-bahan

  • 3 ekor ketam bunga ~ di bersihkan.
  • Keledek oren ~ di potong dadu besar
  • 1 helai daun kunyit ~ buang urat tengah dan di siat-siat
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Air secukupnya
  • 2 keping asam keping
  • 1 batang serai ~ di titik

Bahan Kisar

  • 10 batang cili padi
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Kaedah

  • Ketam di cuci bersih. Sepitnya di ketuk sedikit
  • Masukkan ketam ke dalam periuk
  • Masukkan bahan kisar, serai dan air
  • Masak hingga mendidih
  • Masukkan keledek, santan dan daun kunyit
  • Biar merenih hingga keledek empuk sambil sentiasa di kacau perlahan
  • Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam secukup rasa
  • Biar kuah didih baru matikan api
  • Sedia di hidangkan.

25) Resepi Jantung Pisang Masak Lemak Cili Api Ayam

Jom cubakan resepi unik dan menarik jantung pisang masak lemak cili api ayam yang dikongsikan oleh Zuraidah Ismail di laman Facebook. Unik dan amat berbaloi untuk dicuba, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • Jantung pisang,
  • Ayam,
  • Bawang besar/bawang merah,
  • Cili api,
  • Kunyit serbuk/kunyit hidup,
  • Daun kunyit dihiris,
  • Serai,
  • 3 ketul asam keping,
  • Garam,
  • Santan 1 kotak.

Cara-cara :

  • Jantung pisang direbus dulu.
  • Blend bawang merah, cili api dan kunyit. Kemudian tumis.
  • Terus masukkan asam keping.
  • Masukkan garam.
  • Bila sudah naik bau masukkan serai.
  • Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.
  • Masukkan santan. Tambahkan sedikit air.
  • Jika ayam sudah masak, masukkan jantung pisang yang sudah direbus tadi.
  • Siap.

Itulah dia gabungan himpunan resepi pelbagai jenis masakan orang utara iaitu kari dan pelbagai jenis masakan masakan orang selatan iaitu lemak cili api yang anda boleh cuba. Kebanyakkan resepi disini telah diuji oleh penulis, jadi resepi disini bukan sahaja sedap malah amat mudah untuk disedia. Diharap anda akan kongsikan koleksi ini agar ia dapat dimanafaat orang lain. Selamat mencuba!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!