Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Pisang Goreng Pantai Timur Mengancam Sedap

author name

Resepi kali ini merupakan resepi yang sesuai dijadikan sebagai hidangan minum petang yang amat popular khususnya dinegara kita ini. Pisang goreng adalah sejenia masakan yang berasaskan pisang yang menggunakan pisang mentah yang disadur dengan tepung gandum dan tepung beras yang dibancuh dengan air secukupnya. Kemudian ia digorengn dengan minyak yang banyak dan panas.

Keunikkan resepi pisang goreng yang dikongsikan kali ini kerana ia menggunakan tepung jagung dan tepung beras, memberi satu rasa rangup yang amat sedap. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1kg tepung beras
  • Secawan tepung jagung
  • Sebiji telor
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit bancuhan air kapur
  • Garam secukup rasa

Kaedah

  • Bancuhan semua bahan dengan sedikit demi sedikit air.
  • Sehingga  ia tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
  • Belah dua pisang dan sandur dengan bancuhan tadi
  • Sediakan minyak yang panas dan goreng tenggelam sehingga garing.
  • Angkat dan toskan sebelum dihidangkan.
  • Siap.

Lazimnya pisang yang sesuai digunakan ialah pisang abu atau pisang nangka. Gunakan pisang yang tidak terlalu masak atau terlalu muda. Jika anda suka kerak yang banyak renjis adunan didalam minyak yang panas ketika anda mengoreng. Apapun diharap anda akan mencuba resepi ini. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

 

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *