apam pisang tanpa telur

Resepi Apam Pisang Tanpa Telur Lejen Confirm Semua Suka Bila Makan

Apam Pisang, siapa sahaja tidak menggemarinya? Apam Pisang merupaka salah sebuah hidangan yang amat sinonim dengan rakyat Malaysia. Ianya sedap, manis dan berlemak. Ianya juga boleh dihidangkan kepada semua lapisan masyarakat. Kali ini, kami bawakan resepi apam pisang ini khas buat anda.

Namun begitu, resepi kali ini unik sedikit tanpa kehadiran telur dalam bahan – bahannya. Oleh itu, ianya amat sesuai disediakan oleh mereka yang sedang diet ataupun mengamalkan vegetarian. Walaupun tanpa telur, rasanya juga masih lazat lagi tau! Cara pembuatannya juga amat ringkas, hanya dengan tiga langkah mudah sahaja anda dapat menghasilkan hidangan ini.

Buat yang sedang berdiet, anda juga boleh untuk tidak meletakkan gula didalam hidangan ini dan kalorinya juga lebih jimat. Bahan – bahannya yang ringkas mudah untuk didapati di pasaraya sekitar anda.

Resepi ini dikongsikan oleh Raffizah Redzwan dan ramai yang telah shares dan likes di Facebook beliau. Jom kita lihat resepi ini!

Resepi Apam Pisang Tanpa Telur

apam pisang tanpa telur
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 cawan pisang lenyek
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu soda bikarbonat
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan gula

Langkah – langkah penyediaan:

  1. Campurkan kesemua bahan.
  2. Gaulkan bahan sehingga sebati.
  3. Guna acuan kukus selama 10 minit, jika guna loyang kukus selama 40 minit.

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *