Resepi Tradisional, Moden & Terkini

10 Pelbagai Resepi Cendol Tradisi Hingga Moden (Yang Anda Patuh Tahu)

Cendol cukup sinonim dengan bulan puasa bukan? Namun sesungguhnya tidak perlu menunggu bulan puasa, jika anda boleh buat cendol sendiri di rumah. Rasai sensasi kelazatan sejuk cendol yang menyegarkan tekak di tengah panasnya cuaca. Setelah memakannya, pasti anda akan ketagih dengan rasanya yang manis berlemak.

Bukan hanya itu, dengan membuat cendol sendiri, anda boleh menyesuaikan rasa dan meletak bahan sesuai selera, ada yang suka pakai pelbagai topping seperti jagung, kacang merah, cincau, atau ada pula yang suka versi tradisional tanpa topping apa-apa. Membuat pengalaman menyantap cendol makin sempurna.

Jadi, jangan bimbang, anda boleh cuba buat cendol sendiri dan rasakan kepuasan di setiap tegukan. Apalagi, cendol ialah minuman tradisi budaya kita. Dengan menjaga tradisi dan membuat cendol sendiri, anda turut melestarikan warisan nenek moyang.

Kami hadirkan pelbagai resepi cendol homemade yang menyelerakan daripada laman Facebook. Resepi ini boleh dipakai juga untuk berniaga. Selamat mencuba.

Resepi Cendol Homemade

Imej via Facebook

Ayuh layankan selera buat cendol. Buat waktu malam, sejukkan dan esok pagi boleh terus dimakan. Resepi pertama ini mudah saja, dikongsikan oleh Natasya Nadia di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung beras,
  • 2 sudu besar tepung jagung/ubi,
  • 3 cawan air pandan,
  • 1 sudu kecil air kapur,

Cara-cara :

  1.  Masak bahan sampai pekat,
  2. Masukkan dalam acuan, tekan cendol dalam air sejuk.
  3. Siap.

Resepi Agar-agar Cendol

Imej via Facebook

Cendol memang jadi pilihan sebagai menu pencuci mulut. Selain minuman, cendol juga boleh dihidang dalam bentuk agar-agar. Jom cuba resepi daripada Sapina Shahabudin di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Agar-agar,
  • Gula pasir,
  • Gula batu,
  • Gula kabung,
  • Cendol,
  • Secubit garam,
  • Susu cair,
  • Air dan daun pandan.

Cara-cara :

  1. Rendam agar-agar tali dan rebus sehingga hancur bersama 2 helai daun pandan.
  2. Masukkan gula batu dan gula pasir (manis ikut citarasa masing-masing).
  3. Masukkan susu cair dan secubit garam. Kacau sehingga mendidih. Tutup api.
  4. Toskan cendol dan agihkan ke dalam bekas/cup.
  5. Ambil 2 bahagian agar-agar susu tadi dan tuang dalam bekas/cup yang telah diisi dengan cendol. Kadar agar-agar yang dituang ke dalam setiap cup ialah 2/3 bekas.
  6. Biarkan lapisan susu dan cendol membeku.
  7. Masukkan 1 ketul gula kabung (gula gerek) ke dalam baki 1/3 bahagian agar-agar susu tadi. Hidupkan api perlahan supaya baki 1/3 agar-agar yang membeku kembali cair. (Awas, jangan sampai gula merah berbau hangit. Kacau selalu sehingga gula hancur.)
  8. Tutup api (tidak perlu tunggu sampai mendidih. Cukup sekadar gula kabung hancur dan agar-agar tidak lagi berketul).
  9. Tuang dalam cup sebagai lapisan kedua.
  10. Biarkan beku.

Resepi Cendol Mudah

Imej via Facebook

Panas lit lit memang pekena cendol segar untuk sejukkan tekak. Bancuh gula melaka dan santan letak sedikit ais batu, terus hilang dahaga. Mari tengok resepi cendol sedap ala Shida Ambok yang berkongsi di laman Facebook. Senang saja resepinya, tapi rasanya mengancam betul.

Bahan-bahan :

  • 1.5 kg cendol segera,
  • 1 tin susu sejat,
  • 1 tin santan pekat,
  • Secubit garam,
  • Gula melaka /gula merah,
  • Ais.

Cara-cara :

  • Ingin lebih sedap pakai santan kelapa parut yang diblend sampai jadi halus dan ditapis, perah ambil santannya.
  • Ambil 1 tin susu sejat campur dengan santan pekat tadi anggaran 1 tin. (Nisbah1:1)
  • Kacau dan campurkan secubit garam untuk naikkan rasa.
  • Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
  • Untuk penyediaan isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera. Lebih sedap ditambah ais.

Resepi Lepat Cendol

Imej via Facebook

Resepi seterusnya ialah lepat cendol. Maka, cendol bukan hanya minuman sahaja ya. Lepat pun boleh dibuat daripada cendol. Macamana ya kejadiannya? Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Saimah Abdulhadi di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung jagung,
  • 1 cawan gula,
  • 1 sudu besar tepung honkwe,
  • 6-7 cawan santan. Kalau tidak suka terlalu lemak boleh cairkan santan.
  • 400g cendol.

Cara-cara :

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali cendol. Masak sehingga pekat.
  2. Kemudian masukkan cendol.
  3. Bungkus dalam daun pisang.

Resepi Cendol Tanpa Air Kapur

Imej via Facebook

Panas panas tekak terasa ingin makan cendol. Cendol ini versi tepung jagung sahaja tanpa guna air kapur. Tapi kejadiannya tetap lembut. Raja Amanina guna piping bag sahaja tiada acuan cendol. Paling mudah sebab guna 4 bahan sahaja.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung jagung,
  • 3 cawan air pandan (blender daun pandan),
  • Secubit garam,
  • Pewarna hijau.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga likat dan berkilat. Kacau supaya tidak hangit.
  2. Sediakan bekas berisi air ais.
  3. Masukkan adunan cendol ke dalam piping (panas-panas) kalau ingin guna acuan pun boleh.
  4. Tekan dan picit ke dalam bekas air ais (betul-betul sejuk).
  5. Simpan sekali dengan air ais dalam peti sejuk.
  6. Saya makan dengan gula melaka dan santan dan susu cair.
  7. Kalau ingin guna tepung beras pun tidak mengapa.

Resepi Minuman Cendol Homemade Mudah

Imej via Facebook

Teringin menikmati cendol untuk juadah berbuka tapi tidak tahu cara buat sebab tidak ada acuan. Jom kita tengok resepi daripada Leeina Qaliena di laman Facebook. Resepi ini guna apa yang ada di rumah saja. Ini ialah resepi berniaga ais cendol beberapa tahun yang lalu.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung jagung,
  • 1/2 cawan tepung beras,
  • 1/4 cawan tepung ubi,
  • 5 ½ – 6 cawan air jus pandan. Boleh kurangkan air pandan jadi 5 cawan, adunan akan jadi kental sesuai bagi yang guna acuan tekan. Tapi saya guna plastik piping beg adunan kena lembut baru senang jatuh, kalau tidak ada plastik piping beg bileh guna plastik jernih biasa di dapur tu ya.
  • Setitis pewarna hijau (jika perlu),
  • 1/2 sudu kecil kapur makan yang serbuk dan1/2 sudu besar air. Kacau sebati, biarkan sekejap bagi kapur mendap.
  • Apabila air sedikit jernih baru diambil dalam 1 sudu kecil sahaja ikut kegunaan.

Cara-cara :

  1. Campur semua bahan dalam periuk dan kacau sebati. Kemudian letak periuk atas api perlahan, kacau sampai likat berkilat. Sampai ada gelembung meletop tanda sudah masak.
  2. Sediakan bekas yang berisi air dan ketulan ais batu.
  3. Masukkan adunan dalam plastik piping bag pon boleh. Pakai sarung tangan tahan panas atau lapik dengan kain bersih semasa paipkan cendol. Paipkan dalam air ais tadi.
  4. Cendol ini boleh disimpan dalam chiller sehingga 4/5 hari. Masih elok untuk dinikmati. Tidak terjejas dari segi rasa dan rupa.

Cara sediakan minuman cendol :

Bahan air gula merah :

  • 250 gram gula merah,
  • 100 gram gula pasir,
  • 1 helai daun pandan disimpul,
  • 250ml air.
  • Masak semua bahan di atas api hingga mendidih dan gula hancur. Tapis dalam bekas dan sejukkan.

Bahan untuk santan :

  • 1 kotak kecil santan kara,
  • 1 cawan air,
  • Sedikit garam untuk bangkitkan rasa lemak.
  • Campur semua bahan di atas, masak seketika di atas api yang perlahan (untuk elak sakit perut makan santan mentah).
  • Boleh juga guna susu segar dicampur sedikit garam dan dipanaskan seketika.

Bahan tambahan untuk hidangan :

  • Jagung manis dalam tin,
  • Kacang merah dalam tin,
  • Hirisan mangga manis,
  • Durian,
  • Pulut.

Resepi Cendol Pilihan

Imej via Facebook

Puas hati bila buat cendol sendiri. Lagilah musim panas macam ini. Ingin cari yang sejuk-sejuk dan jimat pulak. Baik buat sendiri, boleh makan 1 keluarga. Di sini Mhdari inina bereksperimen dengan 3 jenis cendol. Dia memilih resepi cendol no 1. Sebab teksturnya sedikit kenyal. Resepi air abu-abu boleh tengok di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 100g tepung jagung,
  • 500g air pandan,
  • 1 sudu makan air abu,

Cara-cara :

  1. Satukan kesemua bahan, kacau sebati.
  2. Masak meggunakan api perlahan sehingga adunan pekat dan kental.
  3. Sediakan air sejuk/ais di dalam bekas besar.
  4. Bila cendol sudah masak, tekan ke dalam acuan cendol. Boleh guna acuan maruku, boleh guna penapis lubang besar.
  5. Atau masukkan ke dalam piping bag. Picit perlahan-lahan. Picit sewaktu panas ke dalam bekas berisi ais, alas tangan dengan kain.

Bahan Minuman Cendol :

  • 200g santan kotak, dimasak bersama 2 cawan air dan sedikit garam. Hati-hati jangan sampai pecah santan.
  • 1 buku gula melaka dan 1 cawan gula merah (dimasak dengan 2 cawan air sehingga larut) dan tapis.

Cara-cara :

  1. Tapis dan masukkan cendol ke dalam mangkuk.
  2. Letak ais.
  3. Masukkan santan.
  4. Akhir sekali masukkan gula melaka.
  5. Sedia dinikmati bersama yang tersayang.

Resepi Cendol Homemade

Imej via Facebook

Sejukkan tekak minum cendol homemade. Kali ini resepi datang daripada Haslindawati Omar yang berkongsi di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1/2 cawan tepung jagung,
  • 1 cawan tepung beras,
  • 2 sd makan tepung ubi,
  • 3 cawan air pandan,
  • 1 sd makan air kapur,
  • Sedikit garam,
  • Sedikit pewarna hijau.

Cara-cara :

  1. Bancuh semua bahan, kemudian tapis.
  2. Masak atas api sederhana, sentiasa kacau sampai likat dan berkilat.
  3. Sediakan besin berisi air sejuk dan ais.
  4. Masukkan adunan cendol dalam piping beg.
  5. Paipkan adunan cendol dalam besen air sejuk tadi.
  6. Sedia dihidangkan mengikut citarasa.

Resepi Cendol Sagu Gula Melaka

Imej via Facebook

Cendol merupakan dessert tradisi yang amat disukai ramai. Rasanya yang manis dan berlemak disukai semua orang. Sesuai dihidang untuk acara kenduri dan majlis lainnya. Resepi daripada Mizah Ngatiman di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung jagung,
  • 1/2 cawan tepung beras,
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 3 cawan air perahan daun pandan,
  • 1 sudu kecil air kapur,
  • Pewarna hijau,
  • Secubit garam.

Bahan Air Gula :

  • 1 keping gula inise/melaka,
  • 5 sudu besar gula merah,
  • 5 sudu besar gula pasir,
  • 2 cawan air,
  • Daun pandan secukupnya.

Bahan lain:

  • 1 cawan sagu,
  • Santan pekat secukupnya.
  • Kelapa parut diblend dengan air suam.
  • Kalau suka boleh dimasak sekejap untuk elak basi jika ingin dinikmati masa yang lebih panjang.

Cara-cara :

  1. Blend semua bahan adunan tepung cendol. Masukkan dalam periuk. Masak api paling kecil. Sentiasa kacau. Kacau hingga likat.
  2. Tutup api. Biarkan suam.
  3. Letakkan air batu dan air dalam bekas.
  4. Adunan yang suam tadi dimasukkan dalam piping bag.
  5. Mula dipiping dalam air sejuk tadi.
  6. Kemudian kita masak air hingga mendidih untuk rebus sagu.
  7. Sementara tu panaskan periuk kukus.
  8. Jika air sudah mendidih masukkan sagu. Masak hingga sagu agak jernih. Toskan, alirkan air dibawahnya.
  9. Selepas itu masukkan sagu tadi dalam bekas/loyang sesuai. Kita kukus hingga masak dalam 20 minit.
  10. Bahan air gula tadi dimasukkan ke dalam periuk.
  11. Masukkan 2 cawan air rebus hingga jadi 1 cawan sahaja. Siap.
  12. Jangan lupa sediakan air batu.
  13. Mula hidang. Masukkan air gula dahulu.
  14. Kemudian air batu.
  15. Kemudian sagu dan cendolnya.
  16. Akhir sekali curahkan santan.

Resepi Cendol Simple Tradisi

Imej via Facebook

Siapa suka suka cendol asli dulu-dulu. Santan dengan sedikit garam, gula melaka dan cendol pandan asli tanpa perasa atau pewarna dan ais. Tidak berapa minat yang tambah kacang merah, cincau, ais krim, susu cair, jagung, dan lain-lain. Lain orang, lain selera bukan? Seperti sis Ida Alina Salleh yang suka cendol simple zaman dulu-dulu.

Bahan-bahan :

  • 50 gram tepung beras,
  • 50 gram tepung jagung,
  • 1 sudu besar air kapur,
  • 450 gram air Pandan (8 helai daun pandan blend halus dengan 450 ml air).

Cara-cara :

  1. Masak semua bahan dalam satu periuk. Kacau dengan whisk supaya tidak berbintil, bila pekat, kacau dengan spatula. Masak hingga pekat dan adunan berkilat.
  2. Masukkan adunan panas-panas dalam acuan muruku (atau piping bag).
  3. Tekan cendol dalam mangkuk berisi air sejuk berais. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Cendol, kami juga menulis resepi menarik lain. Jemput baca dan mencubanya, jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!