Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Square Brownies Biskut Raya Rangup Senang Buat

Ā Resipi kali ini merupakan resipi biskut yang sangat mudah untuk disediakan. Malah ia juga mempunyai rasa yang rangup dan sangat mudah untuk disediakan. Antara bahan-bahan yang digunakan di dalam resipi ini ialah coklat, butter, gula dan sedikit tepung. Tidak seperti kebiasaan biskut adunan ini akan di sapu di atas kertas minyak hingga rata kemudian dibakar. Sebelum ia sejuk ianya akan dipotong menjadi empat segi .Teknik ini bukan sahaja mudah tetapi juga menghasilkan rasa rangup yang penuh coklat.

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba biskut yang ringkas dan sedap berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan di dalam resipi ini.

Bahan-bahan

AĀ 

  • 250g dark chocolate coinĀ 
  • 80g pure salted butter

B

  • 100g tepung gandum
  • 140g gula aising

CĀ 

  • Telur 2 biji
  • Almond flakes

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 150c sekurang-kurangnya 10 minit
  • Kemudian masukkan coklat ke dalam mangkuk bersih dan tambahkan mentega. Selepas itu letak mangkuk ini di atas periuk yang mempunyai air yang mendidih.
  • Pastikan coklat cair sepenuhnya.Ā 
  • Dalam bekas lain masukkan tepung dan gula icing bancuh menggunakan hand whisk. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sehingga dua bahan ini sebati.
  • Campurkan bahagian A dengan bahagian B. Kacau dan pastikan adunan mempunyai tekstur berlipat lipat.Ā 
  • Sapu rata adunan ini diatas kertas
  • Taburkan almond flakes jika suka atau biar kosong juga boleh.
  • Bakar pada suhu 150 celcius selama 15-20
  • minit. Apabila telah masak potong segera biskut menjadi kepingan 4 segi.
  • Kemudian sejukkan di atas besi redai agar ia sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas yang kedap udara.
  • Siap

Untuk rasa yang lebih sedap anda boleh tambah taburan kacang badam diatasnya. Resepi ini juda boleh dijadikan seperti coin dengan menggunakan beg piping. Selepas sejuk simpan didalam bekas udara untuk rasa rangup dan sedap jadi jangan lupa mencuba resipi ini ye!Ā 

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!