Resepi Tradisional, Moden & Terkini

10 Resepi Cream Puff Dapat Filling Custard Rasa Macam Ice Cream

author name

Buat peminat dessert resepi kali ini khas kami buatkan untuk anda resepi cream puff. Siapa sahaja yang tak suka dengan cream puff kan? Dapat pula yang gebu dan inti kastard cream yang sedap memang tak sabar rasanya nak makan.

Cream puff juga lebih enak dimakan ketika sejuk lagi terasa nikmat dia. Tapi sekarang ini banyak dah kita lihat bukan hanya inti kastard sahaja, malah pelbagai inti cream yang lain pun ada. Sesuai mengikut citarasa masing-masing. Kalau anda teringin nak buat cream puff jom baca perkongsian resepi ini.

Resepi Cream Puff Kastard

Cream puff memang tak lari dengan inti kastard, memang sedap bila dapat makan waktu sejuk. Resepi ini dari Izz Aishah.

Bahan-bahan

Bahan-bahan Creampuff Kastard

  • 250 ml air
  • 100 gram marjerin (guna marjerin pelangi)
  • 125 gram tepung gandum
  • 3 biji telur (gred B)
  • Esen Vanilla 1 sudu kecil

Cara Penyediaan Creampuff Kastard

  1. Masukkan air dan marjerin dalam periuk,masak sampai marjerin tu larut dalam air dan mendidih .
  2. dah mendidih tutup api dan masukkan tepung kacau laju sampai tepung dah tak lekat pada periuk .
  3. Biarkan sampai tepung suam , lepastu masukkan telur dan esen vanilla . Pukul guna mixer sampai semua sebati.
  4. Sapukan loyang dengan marjerin.
  5. Masukkan adunan tadi dalam piping plastik tu dan susunkan kan dalam loyang jarakkan tau sbb nanti creampuff akan mengembang . Last sekali spray dengan air.
  6. Bakar suhu 180c selama 35 minit.

Bahan Custard filling :

  • 250 ml susu cair/Susu full cream
  • 3 sudu besar tepung kastad
  • 5 sudu besar gula (taknak manis boleh kurangkan)
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan custard filling

  1. Masukkan susu, gula, tepung kastard dan esen vanilla dan buka api perlahan.
  2. Masak sampai filling tu mendidih dan kental .
  3. Sejukkan sebentar dan boleh masukkan dalam creampuff. Siap.
  4. Nak cantik boleh bubuh snow powder.

Resepi Cream Puff Cream Custard Creamy

Kalau anda cari filling cream puff yang creamy, apa kata anda cuba perkongsian resepi dari Tuan Adriana Arissa ini.

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk krim kastard

  • 1 ¼ cawan/313ml susu full cream
  • 2 biji kuning telur/1 biji telur
  • 1/4 cawan/55g gula
  • 1 sudu besar/8g tepung gandum/tepung kastard
  • 3 sudu besar/24g tepung jagung
  • ¼ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar/28g unsalted butter/marjerin pon boleh
  • 1 cawan/240g non-dairy whipping cream/fresh cream

Cara Penyediaan

  1. Masak semua bahan Kastard kedalam periuk dan kacau dgn api perlahan sehingga pekat. Tutup bahagian atas dengan plastik. Sejukkan ke dalam chiller.
  2. Putar whipping cream sehingga kental dan masukkan kastard. Mixer sebati.

Bahan-bahan untuk choux pastry

  • 1 cawan/250g air
  • ¼ cawan/56g butter/marjerin
  • ¼ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar/12g gula
  • 1 cawan/125g tepung gandum
  • 3 hingga 4 biji telur saiz B

NOTA: Boleh gandakan resepi choux pastry, sebab cream tu banyak cukup untuk 2 adunan

Cara Penyediaan

  1. Didihkan air, marjerin/butter dan gula sampai menggelegak. Pastikan butter semua dah cair elok. Kemudian masukkan tepung gandum.
  2. Kacau laju sampai terhasil kerak nipis keliling kuali. Masa ni bancuhan tadi akan jadi mcm doh tau. Tutup api.
  3. Biarkan sampai sejuk atau suam2 kuku.
  4. Masuk telur satu persatu, mix sebati.
  5. Paipkan dalam tray, bakar suhu 200-220c dm 30minit. Ikut oven masing-masing ye.
  6. Nak tahu creampuff jadi ke tak, pastikan berongga kat dalam dan bila masak tak kecut semula. Kena try & error oven masing-masing.
  7. Sejukkan, gunting dan paipkan filling tadi. Nak cantik boleh tabur snow powder tapi bukan gula aising ye.

Resepi Cream Puff Cendol

Resepi creampuff ini lain dari yang lain. Kalau anda nak cuba creampuff cendol dari Hafidz Ahmad boleh lah cuba sebab memang ada menggunakan cendol sebenar dalam resepi ini.

Bahan-bahan

Bahan creampuff

  • 100 gm butter
  • 150 gm air
  • 140 gm tepung
  • 3 biji telur saiz B
  • sedikit emulco pandan
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 220 darjah celcius.
  2. Didihkan air bersama butter,emulco hijau dan pewarna hijau. Perlahankan api. Masukkan tepung sambil dikacau dan tutup api dan terus kacau sampai sebati adunan tersebut dan membentuk segumpal adunan.
  3. Biarkan sejuk sekejap adunan tersebut 5-10 minit dan masukkan dalam mixer lalu dipukul sambil dimasukkan telur sedikit demi sedikit. Adun hingga sebati.
  4. Paipkan adunan menggunakan piping beg dengan acuan semprit ke dalam dulang yang dilapik kertas minyak. Seeloknya paip sebesar ibu jari kaki sahaja saiznya kerana puff ini akan mengembang dan jarakkan kedudukannya. Tekankan peak yang terbentuk di pusaran adunan supaya tidak hangus/garing nanti.
  5. Sebelum dibakar spray dahulu permukaan puff tu dengan air.
  6. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar 20-25 minit sehingga bertukar warna perang keemasan.

Bahan Inti Kastard Cendol

  • 200 gm Instant custard
  • 250 gm UHT whipping cream
  • 150 ml Air
  • 250 gm Fresh Cream
  • 100 gram Gula melaka (yang dicairkan)
  • 150 gram Cendol

Cara Penyediaan

  1. Putarkan instant custard, UHT whipping cream dan air sejuk dan gula melaka– ketepikan
  2. Dalam bekas lain, putarkan fresh cream hingga soft peak. Kemudian masukkan campuran custard tadi dan putar hingga kental.masukkan cendol dah kaub balik sahaja.
  3. Filling disaran buat terlebih dahulu dan smpn dlm peti supaya betul² kental baru senang paip.

Resepi Cream Puff Mudah

Kalau anda baru nak berjinak-jinak nak buat cream puff, anda boleh cuba resepi mudah ini dari Nadia Sukiman. Confirm jadi.

Bahan-bahan

Bahan puff

  • 110g butter
  • 1 cwn air
  • 1/2 tsp garam
  • 2g gula
  • 1 cwn tepung gandum
  • 4 biji telur

Cara Penyediaan

  1. Masukkan air+butter+gula+garam kacau sebati hingga mendidih.
  2. Perlahankan api masukkan tepung kacau sehingga tidak melekat off api.
  3. Kacau sehingga adunan suam kemudian masukkan telur 1 persatu hingga habis.
  4. Pipekan guna nozel 1M bakar dan kepanasan suhu 180 30 minit.

Bahan filing

  • 100g non dairy whipping cream

Cara Penyediaan

  1. Mix hingga kental.

Resepi Cream Puff Comel

Ada orang yang suka makan yang bersaiz mini, mungkin kerana mudah nak makan. Mungkin anda boleh cuba perkongsian resepi dari Syaza Atieyra ini.

Bahan-bahan

Bahan (16biji size comel)

  • 200ml air
  • 1cwn tpg gandum(diayak)
  • 1/4 cwn butter
  • Esen vanilla
  • Pewarna kuning
  • 2 biji telur gred B

Cara Penyediaan

  1. Masukkan 200ml air ke dalam periuk. Kemudian diikuti dengan butter, beberapa titik esen vanilla dan pewarna kuning.
  2. Biarkan mendidih beberapa minit dengan api kuat. Setelah itu, tutup api dan masukkan tepung gandum yang telah diayak. Kacau sehingga menjadi doh yang tak melekat di tepi periuk.
  3. Sejukkan doh setengah jam. Masukkan telur sebiji ke dlm doh dan kacau guna senduk kayu/mixer sehingga menjadi adunan yg likat. (Choux pastry)..
  4. Msukkan adunan ke dlm acuan/nozzle dan pipe kan ke dulang pembakar. Bakar pada suhu 200c selama 25 minit api bawah.
  5. Dan suhu 150c api atas utk 10 minit terakhir.. Setelah siap bleh msukkan inti kesukaan sperti cream kastard, cream cheese, atau vanilla cream.

Bahan Inti Kastard

  • 2 sudu mkn tpg kastard
  • 2 sudu mkn gula
  • 1 1/3 cwn susu segar/susu cair
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu teh butter

Cara Penyediaan

  1. Masukkan semua bahan hingga pekat menggunakan whisk dengan api kecil.
  2. Padamkan api. Masukkan pula esen vanilla dan butter kacau sebati dan biarkan sejuk.
  3. Masukkan ke dalam piping bag untuk dipaipkan ke dalam creampuff.

Resepi Japanese Cream Puff

Kalau nak cuba sisi puff yang lain, boleh cuba japanese cream puff ini. Tekstur puff dilihat lebih rangup. Jom cuba resepi dari Noraida Durani.

Bahan-bahan

Bahan puff

  • 120gm butter(sya guna tatura salted )
  • 150gm air
  • 170gm tpg gandum
  • 4bj telur ( gred A)
  • Secubit garam

Cara Penyediaan

  1. Panaskan oven suhu 200’c,
  2. Panaskn air+butter,garam sampai mendidih.
  3. Masukkan tepung gandum gaul sampai jadi doh padamkan api,
  4. Masukkan doh dalam mangkuk mixer biarkan sejuk sedikit.. masukkan telur pukul sebati.
  5. Masukkan dalam piping bag.

Bahan crust (kerak atas puff)

  • 50gm butter
  • 1/ 3 cwn gula icing
  • 1/ 3 cwn tpg gandum

Cara Penyediaan

  1. Panaskan butter sampai cair tutup api.
  2. Masukkan gula icing n tpg gandum.. gaul sebati
  3. Paipkan adunn sebesar 50sen atas tray
  4. Ambil sikit crust tabur dan tepek atas adunan puff yang dipaipkan tadi.
  5. Bakar keperangan suhu 200’c.

Bahan Creamy Custard

Bahan A

  • 2 bj telur(gred A)
  • 6 sdb gula
  • 1 sdb tpg jagung
  • 1 sdb tpg gandum
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1 1/2 cawan susu segar@cair

Bahan B

  • 1 cwn whipping cream (pukul kental)

Cara Penyediaan

  1. Dalam periuk satukan semua bahan whisk rata. letak atas dapur dan nyalakan api whisk nonstop sampi pekat tutup api sejukkan.
  2. Custard dah sejuk satukan dengan bahan B simpan peti sejuk.
  3. Bila puff dah masak dan sejuk gunting sikit puff paipkan filling custard dan siap.

Resepi Cream Puff (Versi Azlina Iena)

Kalau anda peminat masakan atau bakery pasti kenal dengan sosok tubuh bernama Azlina Iena. Beliau rajin berkongsi masakan di Facebook. Resepi cream puff ini dari Noor Ain yang tiru cara beliau membuat cream puff.

Bahan-bahan

  • 1 cawan air (140g)
  • 1 sk garam
  • 100g butter/marjerin

Cara Penyediaan

  1. Cairkan bahan di atas dalam kuali
  2. Kemudian masukkan tepung gandum 100g+1sk baking powder dan kacau.
  3. Ikut resipi asal tak masukkan baking powder tapi saya tambah sikit dalam 1sk*
  4. Tutup api dan masukkan 3 biji telur dan kacau.
  5. Kemudian paipkan adunan dan bakar pada suhu 150 selama 25-30 minit.

Bahan Inti custard

  • 200g whipping cream dairy
  • 200g instant custard
  • 200g air sejuk

Cara Penyediaan

  1. Mix bahan di atas hingga kental.
  2. Dalam bowl lain mix 200g fresh cream (non diary vivo) hingga kental.
  3. Kemudian campurkan ke dalam adunan custard dan mix keduanya.
  4. Paipkan inti ke dalam puff.
  5. Taburkan snow powder.

Resepi Cream Puff Ice Cream

Nama cream puff ice cream tapi bukan menggunakan ice cream yang betul. Tapi resepi dari Izy Azmi ini menggunakan fresh cream yang rasa seakan ice cream.

Bahan-bahan

  • 120 gm buttercup
  • 3/4 cup air
  • 1 1/2 cup tepung gandum, diayak
  • 4biji telur grade A
  • 1/4 tsp garam
  • 1 tbs gula

Cara Penyediaan

  1. Masukkan butter, air garam dan gula, masak sampai butter cair dan mendidih ganas, kemudian boleh masukkan tepung.kacau laju hingga jadi doh dan nampak sedikit berkerak pada kuali-periuk kita tutup api dan biarkan suam.
  2. Kira dah suam boleh lah masukkan telur sbji demi sebiji dan pukul hgga sebati n tekstur seakan dodol. masukan dalam piping bag dan paip tinggi satu demi satu atas tray yang dah dilapik baking paper.
  3. Spray sedikit air di bahagian atas creampuff dan bakar 200drjh selama 20-25minit atau sehingga masak.

Tips : bila warna puff dh bertukar keemasan/nampak garing dan dah tak melekat pada baking tray barulah keluarkan dari oven kalau kelarkan terlalu awal besar kemungkinan puff akan turun sedikit tapi still boleh pipe kan filling

Bahan Ice Cream Filling

  • Mix Non Dairy Whipping Cream (200ml)

Cara Penyediaan

  1. Putar sehingga kental dan bertanduk.
  2. Bila dah kental boleh lah masukkan dalam piping bag dan pipe secara menegak untuk effect gebu.

Resepi Cream Puff Cream Custard Classic

Nak buat cream puff yang sedap memang kena rajin, salah satunya tekstur cream puff wajib gebu baru sedap. Resepi cream puff gebu ini dikongsi oleh Shazira Sofea.

Bahan-bahan

Bahan cream puff

  • 125g tepung + 2tsp baking powder
  • 100g butter
  • 250ml air
  • 1tsp gula
  • 1tsp vanilla
  • 3bj telur gred b (dikocak sampai berbuih)

Cara Penyediaan

  1. Masukkan air, butter, gula, vanilla dlm kuali. masak sampai mendidih berbuih. masukkan tepung dan kacau.
  2. Tutup api masukkan telur yang dah dikocak. kacau sehingga adunan rata. sejukkan.

Bahan Filing Custard Classic

  • 300g air
  • 137g susu segar
  • 1 bj kuning telur
  • 25g tepung custard
  • 25g tepung gandum
  • 1tsp vanilla
  • 1tsp butter
  • 4oz gula castor

Cara Penyediaan

  1. Masukkan semua ke dalam periuk. kacau sehingga tidak berketul. kemudian hidupkan api dan masak sehingga meletup letup. pastikan kacau rata dulu sebelum hidupkan api.
  2. Apabila adunan cream puff dah sejuk, alaskan loyang dengan baking paper masukkan adunan sedikit demi sedikit ke dalam piping bag boleh juga kalau menggunakan Nozel, kemudian paipkan ke atas loyang adunan ini boleh dpt 25biji (standard size).
  3. Sebelum masuk ke dalam oven, spray adunan dengan spray air (untuk jadikan creampuff yang berongga)
  4. Bakar api atas bawah 180’c -190’c selama 30min (ini bergantung pada oven masing-masing).

Resepi Cream Puff Coklat

Resepi terakhir ini pasti menjadi kegemaran anak-anak. Cream puff berintikan coklat memang sedap. Takut tak cukup bila dah siap nanti. Resepi ini dari Cyda Shukur.

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung kek
  • 2 sdt emulco coklat
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 cawan butter
  • 1sdt esen vanila
  • 2biji Telur A

Cara Penyediaan

  1. Ayak tepung.
  2. Panaskan air,butter,garam dan gula sehingga mendidih tutup api.
  3. Masukkan tepung sekali gus & kacau sehingga sebati.Buka api balik masak doh tadi dalam 2-3 minit.
  4. Masuk dalam bekas besar dan sejukkan sekejap (suam).
  5. Masukkan coklat emulco + esen vanila + telur satu-persatu sambil kacau laju2. Pastikan adunan likat dan boleh dipaipkan.
  6. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle apa2 dan paip di atas dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas parchment / kertas minyak yang di gris.
  7. Bakar 15 minit suhu 200°c dan turunkan 180°c 15 minit. Sejukkan.
  8. Potong cream puff di bahagian tengah, paipkan dengan coklat ganache atau nutella.

Tips: Biarkan dalam oven 5 minit baru keluarkan puff. Kalau tak nanti puff kempis balik.

Bahan Coklat Ganache:

  • 1 cwn susu
  • 1/2 cwn air
  • 1/3 cwn gula
  • 4sdb tepung kastard/tepung jagung
  • 1sdb emulco coklat
  • 1sdb butter (untuk kilat)

Cara Penyediaan

  1. Satukan semua dalam periuk dan didihkan atas dapur dengan api perlahan sehingga menjadi cream atau likat.

Resepi Menarik Yang Lain

Ada banyak lagi resepi yang mudah dan menarik telah kami susunkan untuk anda. Jangan lupa baca dan terima kasih kerana singgah di laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *