Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Molted Choc Cake Penuh Coklat Syiok Makan

author name

Resepi berikut ini ialah sejenis dessert yang diperbuat dari kek coklat tetapi dibahagian tengahnya cair menjadikan kek ini seperti lava yang mengalir keluar apabila ianya dipotong dibahagian tengah.Kebiasaanya ia dihidang panas-panas menyebabkan bahagian yang belum masak sepenuhnya mengalir membentuk rupa lava yang amat mengoda bagi peminat kek bercoklat.  Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan 

A

  • ½ cawan butter
  • 100g choc coin

B

  • 2 biji telur 2 biji kuning telur
  • 50g gula halus 
  • 1 tsp esen vanila
  • * pukul bersama hingga sebati dahulu

  • 1tbsp tepung gandum

Kaedah

  • Sediakan bekas ramekin, oles dengan butter dan taburkan dengan sedikir serbuk koko.
  • Mula-mula cairkan butter kemudian tambah choc dan kacau agar kedua bahan ini menjadi sebati.
  • Kemudian masukkan bahan B dan akhir sekali masukkan bahan C.
  • Bakar pada suhu 180c selama 10 minit
  • Apabila dikeluarkan bahagian tengah kek agak bergoyang tetapi akan stabil bila ia makin sejuk.
  • Sebelum dihidangkan terbalikkan kek didalam bekas yang sesuai, taburkan dengan gula aising jika suka atau makan begitu sahaja.
  • Siap!

Tetapi jika anda ingin menyediakan ia lebih awal anda boleh masak seperti biasa, sejukkan didalam peti ais kemudian panaskan dalam microwave sebelum dihidang. Jika anda tidak mempunyai bekas ramekin anda boleh menggunakan bekas pakai buang yang boleh didapati dikedai yang menjual barangan plastik pembungkus. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.