Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Panna Cotta Strawberi Dessert Glamer Biasa Jumpa Dihotel

author name

Resepi yang dikongsikan kali ini ialah resepi dessert yang berasal dari Italy. Ia adalah sejenis makanan manis yang rasa seperti puding tapi bukan dibuat dari agar-agar. Kebiasaanya ia disediakan bersama buah-buah2an dan ia biasa dihidang direstoran lima bintang mahupun hotel. Perkongsian kali ini menggunakan inti strawberi yang sangat mudah untuk disediakan.

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 cawan susu
  • 100ml whipping cream
  • 2 tsp serbuk gelatin halal + 3 tbsp air sejuk (biarkan gelatin kembang sebentar)
  • 4 tbsp gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Kaedah

  • Masukkan gelatin yang telah kembang tadi kedalam microwave selama 10 saat, untuk cairkan ia. Atau boleh juga double boil gelatin tadi.
  • Kemudian masak susu, krim dan gula hingga sedikit berbuih dibahagian tepi periuk, tutup api dan masukkan esen vanila dan juga gelatin tadi.
  • Kacau hingga ia sebati dan tunggu sedikit suam sebelum masuk dalam bekas yang sesuai.
  • Setelah ia keras boleh letak inti strawberi yang boleh dibeli siap.
  • Sejukkan dulu semalaman sebelum dihidangkan.
  • Siap!

Untuk menyediakan panna cotta anda memerlukan bekas yang sesuai namun kerana penyediaannya mudah kerana ia tidak memerlukan oven ia berbaloi untuk dicuba, hias panna cotta dengan idea kreativiti anda agar ia lebih menarik. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.