Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Panna Cotta Blueberry Hidangan Mewah Bawa Kerumah

author name

 Resipi ini adalah sejenis hidangan pencuci mulut yang boleh dikatakan menarik dan selalunya ianya dihidang di hotel-hotel. Panna cotta  sebenarnya mudah dan ianya boleh disediakan oleh sesiapa sahaja. Antara bahan yang digunakan ialah susu, krim putar dan gelatin dan penyediaannya tidak memerlukan oven, baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan

  • ⅓ cawan susu skim
  • 1tsp  gelatin 
  • 2 ½ cawan krim putar
  • ½ cawan gula kastor
  • 1 ½ tsp esen vanila

Kaedah

  • Mula-mula masukkan susu ke dalam mangkuk kecil dan taburkan serbuk gelatin dan biarkan sebentar.
  • Selepas itu panaskan gula bersama krim putar dengan api sederhana dan biarkan ia sedikit mendidih dan tutup api segera kerana krim akan membuak.
  • Selepas itu masukkan campuran susu dan gelatin tadi, kacau segera.
  • Dan masakkan sebentar dan kemudian tutup api.
  • Akhir sekali masukkan esen vanilla dan kacau.
  • Tuang dalam bekas yang sesuai dan sejukkan sebentar sebelum masukkan inti blueberry yang boleh dibeli siap.
  • Tunggu semalaman sebelum dihidangkan.
  • Siap!

Untuk menjadikan hidangan ini lebih menarik gunakan bekas mousse yang boleh dibeli dikedai membekal barangan bakeri. Hias dengan buat blueberry segar atau dengan coklat ataupun buah-buahan lain yang segar. Namun itu juga terpulang kepada kreativiti anda dan yang penting manisan ini sangat sedap. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.