| |

Resepi Sos Cheese Wedges Leleh Homemade Guna Cheese Slice

Resepi kali ini cara mudah untuk membuat sos keju yang lazimnya anda dapat bila anda membeli potato wedges KFC. Lelehan cheese yang mengasyikkan terutama bila dimakan bersama potato wedges malah dengan  french fries pun sedap sekali.Walaupun serbuk cheese leleh ada dijual tetapi sebenarnya ia tidaklah susah sangat untuk dibuat sendiri dirumah. Baiklah bagai anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan:

  • ½ ketul butter
  • ½ tin susu cair/susu segar 1 cawan
  • 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh air)
  • 4 keping cheese cheddar
  • 1 ketul kiub ayam
  • Garam secukupnya

Kaedah

  • Cairkan butter di dalam bekas dan kemudian masukkan susu cair.
  • Masukkan tepung pula dan gaulkan sebati..
  • Tambah 4 keping cheese yang telah disediakan.
  • Sambil kacau masukkan kiub ayam dan garam sedikit (tapi awas kerana cheese dan masin) 
  • Masak hingga semua bahan sebati, tambah air jika terlalu pekat.
  • Siap!

Tidak seperti serbuk keju resepi ini perlu disimpan didalam petiais untuk elak ia cepat rosak. Hidangkan bersama wedges ataupun french fries malah kalau hidang dengan nugget pun sedap. Untjuk lebih presentable anda boleh hidang sekali dengan cili sos dan juga mayonis. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Similar Posts