Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Cakoi Homemade

Homemade CAKOI!

Google resepi, baca step by step, try buat.

Jadiiiiiii!

Rangup, gebu dan marvellous!

Nak cuba?

Bahan-bahannya:

2 sudu kecil yis mauripan
1 cawan air
3 sudu besar gula (saya kurangkan)
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar butter/marjerin
1 sudu kecil soda bikarbonat
Secubit garam

Campur semua bahan dan masukkan tepung sikit demi sikit sampai boleh diuli. Tepung lebih kurang 2 cawan+.

Rehatkan doh 30minit.

Kemudian dah boleh uli dan canai.

Canai hingga dapat ketebalan 1/2 inci lepas tu potong. Lapiskan 2 potongan dan tekan kat tengah dengan lidi. Lidi tu pastikan dicelup dalam air ya.

Tarik panjang-panjang dan goreng dalam minyak yang banyak. Pastikan apinya kecil supaya tak hangus!

Okay tengok gambar.

Saya tak dapat nak edit letak caption kat gambar. Kalau tak faham, tanyalah ye.

Thanks!

#resepiazreen #homemadecakoi

kredit resepi kepada ‎Azreen Yusof‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!