Resepi Colek Buah Thai (Asli daripada Thai!)

Colek Buah Thai merupakan kuah rojak yang berasal daripada Thailand. Ianya amat sesuai dimakan bersama buah – buahan tropikal dan ramai juga menggemarinya.

Kali ini, kami bawakan resepi colek buah thai versi serbuk yang lebih mudah dan mesra amatur. Jadi, jika anda baru nak belajar memasak, resepi ini sesuai untuk anda. Ianya menggunakan empat bahan ringkas sahaja!

Resepi ini telah dikongsikan oleh SH Nur Fatin Aina dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Colek Buah Thai

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Lima belas tangkai lada kering (kalau suka pedas lebihkan, dan sebaliknya )
  • Tiga inci belacan
  • Satu cawan udang kering
  • Dua cawan gula pasir

Cara – cara penyediaan:

  1. Sangai kesemua bahan diatas kecuali gula pasir diatas dapur sehingga garing.
  2. Apabila sudah garing, biarkan sehingga betul – betul sejuk.
  3. Selepas sudah sejuk, masukkan bahan yang telah disangai kedalam pengisar kering.
  4. Masukkan gula pasir.
  5. Kisar sehingga sebati.
  6. Akhir sekali, letakkan kedalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama.

Resepi – resepi lain yang boleh anda cuba:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Give a Comment