Resepi Bihun Pink Masakan Pantai Timur Lain Macam Tapi Sedap Giler

Resepi kali ini akan membawa kepada anda resepi bihun yang unik dan lain dari yang lain. Ini kerana warnanya yang merah jambu. Bihun ini amat popular di bahagian pantai timur tanahair, ini kerana negeri-negeri dibahagian tersebut bersempadan dengan Thailand yang kaya dengan kepelbagaian resepi-resepi menarik. Perkongsian kali ini akan menunjukkan cara untuk menyediakan bihun goreng pink ini yang sangat bagi anda yang mencari-cari idea untuk masakan yang unik dan lain dari yang lain. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan

  • 1 peket mihun- direndam dengan air suam dan sedikit pewarna pink.
  • 5 ulas bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu udang kering (rendam dengan air panas sebentar)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 mangkuk kecil sos cili 
  • 1/2 mangkuk kecil sos tomato
  •  Sayur kobis secukupnya
  •  1 mangkuk udang kertas
  •  Garam,gula dan perasa secukup rasa
  •  Kisar bawang merah,bawang putih, udang kering serta cili kisar. 
  • Tumiskan bahan kisar hingga naik minyak. 
  • Masukkan udang kertas dan sayur
  • Masukkan 1 mangkuk kecil air,garam, serbuk perasa dan gula
  • Gaul semua bahan, kemudian masukkan sos cili dan sos tomato.
  • Apabila semua bahan telah sebati masukkan bihun yang telah direndam tadi.
  • Gunting-gunting bihun agar mudah untuk dimasak sebati.
  • Apabila bihun telah cukup empuk, tutup api.
  • Bolehlah dihidang dengan hirisan cili, daun sup dan juga telur dadar.
  • Siap!

Asalnya merah jambu yang terhasil didalam masakan ini datang daripada penggunaan sos labu yang banyak digunakan didalam masakan Thailand seperti daging masak merah yang sangat terkenal. Apapun anda juga boleh menggunakan pewarna pink jika tidak mempunyai sos labu cuma rasanya sudah tentu sedikit berbeza. Apapun cubalah resepi ini dan rasai sendiri keenakannya! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.