Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bihun Singapore (Masakan Mudah)

author name

Resepi kali ini merupakan satu lagi inovasi masakan berasaskan bihun iaitu bihun Singapore.Ia telah mulai popular di tanah air kita ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bihun goreng Singapore ini mempunyai bahan yang tidak banyak berbeza dari bihun goreng biasa. Perbezaannya ialah warnanya lebih cerah kerana penggunaan lada hitam sebagai bahan memedaskan ia dan bukan cili kisar seperti kebiasaan bihun goreng. Oleh itu bagi anda yang ingin mencuba sendiri masakan ini berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakannya.

Resepi Bihun Singapore

Bahan-bahan

  • Sebungkus bihun
  • Udang secukupnya (dibuang kulit)
  • Sotong secukupnya (dipotong-potong)
  • Isi ayam secukupnya (dipotong kecil)
  • Udang kering secukupnya (ditumbuk halus)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu makan minyak bijan (pilihan)
  • Sayur-sayuran (mengikut kegemaran sendiri)
  • 2 sudu makan serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit sos tiram
  • Garam secukupnya
  • 2 biji telur (masak dan hancurkan terlebih dahulu secara berasingan)

Untuk Taburan Hiasan

  • Bawang Goreng
  • Daun Bawang
  • Cili Merah

Kaedah

  • Rendam seketika bihun dengan air panas, kemudian bilas dengan air sejuk dan toskan.
  • Tumis bawang putih sehingga harum baunya. Kacau dan masukkan udang kering.
  • Setelah itu, masukkan isi ayam sehingga masak.
  • Setelah itu masukkan pula udang dan sotong.
  • Kemudian masukkan sayur lobak merah.
  • Masukkan bihun, garam, kiub ayam yang telah dibancuh dengan sedikit air, sos tiram,serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam.Kacau hingga sebati.
  • Masukkan minyak bijan sedikit demi sedikit dan kacau lagi sehingga sebati.
  • Jika anda menggunakan sayur sawi, taugeh atau kucai, bolehlah masukkan sekarang.
  • Masukkan telur hancur dan gaul rata.
  • Jika cukup masinnya, sayur sawi pun dah sedikit layu bolehlah angkat dan hidangkan.
  • Jangan lupa tabur dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah dan juga hirisan limau kasturi.

Memasak adakah satu kemahiran yang boleh digilap, masakan ini contohnya adalah sejenis masakan yang mudah untuk disediakan. Jika anda takut bihun terlalu masak, anda boleh merendamnya dengan air sejuk sahaja sekurang-kurangnya sejam, barulah anda gunakan ia. Apapun diharap anda akan sudi mencuba resepi dan kongsikan bersama rakan-rakan anda. Selamat mencuba!



About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *