Resepi Ayam Rendang Pulau Pinang ( Tak Pakai Santan)

Rendang bukan sebarang, rendang datang dari Pulau Pinang. Resepi kita hari ini.

Kalau zaman dulu, rendang hanya akan kita dapati semasa hari raya. Ada pelbagai jenis rendang. Dari utara hingga ke selatan,setiap negeri punya rendang mereka sendiri. Walaupun bahan-bahan yang digunakan hampir sama. Tapi ia mempunyai rasa yang berbeza.

Kegemaran Madam ialah rendang Negeri Sembilan. Mungkin kerana rasanya yang pedas dan berlemak memenuhi selera kami sekeluarg. Ia juga senang dimasak. Bahan-bahannya juga ringkas sahaja.

Tapi hari ini, Madam ingin bawakan resepi rendang Pulau Pinang. Ia juga kegemaran kami sekeluarga. Rendang ini sangat unik kerana ia tidak menggunakan santan atau asam. Malah ia juga sangat mudah dimasak dan cepat juga.

Mari lihat bahan-bahannya.

Resepi Ayam Rendang Pulau Pinang

  • Ayam setengah ekor  dipotong sederhana

Bahan A (ditumbuk)

  • Bawang besar saiz sederhana 1 labu.
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia seinci
  • Lada hitam 1 sudu kecil

Bahan B ( Perap)

  • Cili kering 1 periuk kecil digunting , direbus dan dikisar.
  • Cuka 1 sudu besar
  • Kicap manis secukupnya ( ikut hitam)

Bahan B (Tumis)

  • Bawang besar 2 biji dibelah empat
  • Bawang putih 2 ulas dihiris nipis
  • Daun kari 2 pelepah disisir
  • Serai 2 btg diketuk



Kaedah

  • Perapkan ayam dengan bahan A dan B , biarkan 30minit.
  • Panaskan kuali, letak minyak 1 senduk. Tunggu minyak panas.
  • Tumis bahan-bahan C hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan ayam yg telah diperap tadi
  • Masukkan 1/2 cawan air
  • Renehkan hingga pekat dan pecah minyak, baru tambahkan garam dan sedikit ajinomoto.




Resepi ini enak dimakan dengan nasi panas, timun dan ikan masin. Sesuai juga untuk jamuan-jamuan ‘port luck’ bersama rakan sekerja. Madam selalu bawa untuk bekalan bila berjalan jauh. Sebab ia tahan lama dan lambat basi. Sekali cuba mesti mahu lagi. Mari cuba resepi-resepi lain juga ya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *