Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sos Cheezy Wedges (Creamy Macam KFC)

author name

Adakah yang sanggup lawan kesedapan sos cheese wedges ala kf*? Sekali makan memang akan teringin lagi dan lagi. Sos cheese pula paling sesuai dimakan dengan kentang wedges.

Ramai orang yang sanggup berhabis duit demi untuk membeli sos cheese sahaja melainkan sos cheese sedap dimakan dengan ayam goreng dan wedges juga. Namun, apa yang special daripada sos cheezy wedges ini.

Tampaknya, rasa lazat masin berkrim cheese inilah yang mampu menarik selera ramai. Selain itu, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat cheese ini bermacam-macam. Justeru, anda boleh cuba buat sos cheese wedges sendiri dirumah mengikut resepi yang dikongsikan oleh Raja Amanina‎ di laman Facebook.

Cuba buat sekali, gerenti teringin lagi dan lagi. Tiap-tiap makan kentang wedges dengan sos cheese, makan jadi menyelerakan lazat hingga menjilat jari. Sila cubakan.

‎Resepi Sos Cheezy Wedges

sos cheezy wedges
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 gelas susu fullcream@susu cair,
  • ½ ketul keju cheddar,
  • 2 sudu butter,
  • 1 sudu teh serbuk cili,
  • 1 ketul kiub ayam,
  • 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air),
  • 1 gelas air,
  • Sedikit pewarna kuning atau oren,
  • Sedikit gula.

Cara-cara :

  1. Mula-mula cairkan butter. Masukkan kiub ayam, serbuk cili dan air.
  2. Kacau sebati hingga larut dan masukkan susu cair, tepung gandum, keju dan pewarna (sentiasa kacau supaya tidak berketul).
  3. Masak hingga keju cair dan sedikit pekat.
  4. Simpan dalam bekas bertutup. Boleh masukkan dalam peti ais.

    sos cheezy wedges
    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sos cheezy wedges, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

One response to “Resepi Sos Cheezy Wedges (Creamy Macam KFC)”

  1. Ali Avatar
    Ali

    Nk tnya kenapa saya buat lama2 dia jadi beku ye .. ada tips x

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *