Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Tauhu Sumbat Ayam Daging Rangup Bila Makan

Kalau dengar sahaja tauhu sumbat pasti terbayang dengan tauhu yang disumbatkan dengan taugeh dan carrot kan, dicicah pula dengan sos tersendiri. Kali ini kami bawakan resepi tauhu sumbat ayam dan daging untuk anda. Makan satu pun dah kenyang kerana penuh inti ayam dan daging disumbatkan.


Kalau nak beli dekat luar tauhu sumbat ayam dan daging ini agak mahal juga kan? Apa kata anda cuba buat sendiri lagi puas hati. Anda boleh letak seberapa banyak inti serta isi ayam atau daging dalam tauhu anda. Tauhu sumbat ini juga memang ngam dimakan bersama sambal kicap cili. Cukup padu kombinasi yang ada. Jom baca resepi tauhu sumbat ayam yang ditulis oleh Ija Honey dan tauhu sumbat daging oleh Tyra Manan.

Resepi Tauhu Sumbat Ayam

Bahan-bahan

  • 4 keping tauhu 1 keping dada ayam
  • 1/2 biji cili besar hiris
  • Daun sup hiris
  • 1/4 bawang besar hiris
  • Sedikit karot cincang
  • Garam
  • Lada sulah
  • Telur

Cara Penyediaan

  1. Goreng tauhu, potong dua dan biarkan sejuk, bila dah sejuk keluarkan isi tauhu perlahan.
  2. Goreng dada ayam jangan terlalu garing.
  3. Tumbuk isi tauhu bersama ayam sampai lumat, lepas tu campur cili, daun sup, bawang, garam, lada sulah, karot cincang.
  4. Sumbatkan bahan-bahan tadi dalam kulit tauhu tadi.
  5. Pukul telur, celupkan tauhu tadi dan goreng hingga perang.

Resepi Tauhu Sumbat Daging

Bahan-bahan

  • Daging cincang – 500g
  • Bawang putih – 6 ulas
  • Bawang goreng – 40g
  • Lada putih – 2tbsp
  • Garam kasar – 1tbsp
  • Tepung ubi – 100g
  • Telur putih – 2 biji

Cara Penyediaan

Cara kisar

  1. Kisar daging sampai betul-betul halus guna food processer.
  2. Bila dah halus baru masukkan masukkan bawang putih, lada putih, garam kasar, bawang goreng, telur putih, ais & kisar lagi bagi sebati & jadi kental.
  3. Bila dah sebati semua, keluarkan dan gaul dengan tepung ubi sedikit demi sedikit sampai agak-agak tak melekat kat tangan.
  4. Kalau still lagi melekat-lekat boleh tambah lagi tepung ubi. *Kuantiti ais ikut kehalusan daging untuk jadikan kental. *
  5. Kalau takde food processer boleh kisar guna blender tapi jangan blend terus sekali banyak.

Cara sumbat

  1. Potong tauhu jadi segi tiga, belah tengah untuk keluarkan isi tauhu sikit
  2. Sumbatkan daging tadi. Selepas itu boleh lah goreng.

Cara goreng

  1. Kacau telur, black pepper & garam. Celup tauhu dalam telur dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas & deep fry. Dah siap boleh la makan dengan sos cili ataupun kuah kicap.

Resepi Menarik Yang Lain

Jika anda mencari resepi yang lain, kami turut menyediakan pelbagai resepi untuk anda. Terima kasih kerana telah singgah di laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!