Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sos Cili Tauhu Sumbat Senang Sangat Confirm Jadi

author name

📄

Resepi kali ini ialah resepi mudah untuk membuat sos yang sedap dan amat sesuai dihidangkan bersama tauhu sumbat. Tauhu sumbat adalah salah satu hidangan sampingan yang mudah untuk disediakan tetapi amat popular dan paling penting sosnya. Baiklah Jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • Cili merah 4 ulas
  • Cili api merah 10 ulas
  • Bawang putih 5 ulas
  • 3-4 tbsp gula putih
  • 2-3 tbsp cuka putih
  • 1 tsp garam
  • 2 tsp cukup rasa maggi
  • Air secukupnya
  • Anggaran 3 tbsp air tepung jagung

Kaedah

  • Mula kisar semua bahan kecuali air tepung jagung.
  • Dalam periuk tanpa menggunakan minyak tuang bahan kisaran tadi dan masak hingga mengelegak.
  • Selepas kuah mengelegak barulah tambah air tepung dan masak hingga ia pekat.
  • Sejukkan kuah sebelum digunakan.
  • Tauhu sumbat
  • 4 ketul tauhu putih (pilih jenis lembut dan segar)
  • Timun & Carrot
  • Tauge

Kaedah Tauhu Sumbat

  • Potong timun, carrot dan potong memanjang.
  • Bersihkan tauge dan buang sikit bahagian hujungnya.
  • Ketepikan sebentar.
  • Dalam kuali yang panas goreng tauhu petak hingga garing dikedua belahnya.
  • Toskan minyak dan biarkan ia sejuk dahulu.
  • Apabila tauhu telah sejuk potong serong untuk mendapatkan bentuk 3 segi.
  • Belah dibahagian tengah tauhu dan sumbat dan sayuran tadi dan bolehlah dihidangkan bersama sos yang telah dipersiap lebih awal.
  • Siap!

Untuk membuat tauhu sumbat anda perlu pilih tauhu empat segi yang lembut. Terdapat beberapa jenis tauhu petak ini dipasaran dan tauhu lembut ini adalah tauhu yang segar dan baru dibuat. Rasanya jauh lebih sedap apatah lagi bila dibuat tauhu sumbatt bolehlah diratah begitu sahaja. Ada juga orang makan tauhu sumbat dengan kuah kacang tetapi secara peribadi sangat amat menggemari sos yang telah saya kongsikan kali ini.Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.