Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Viral Enoki Goreng Butter Versi Kering Confirm Korang Suka

author name

Resepi kali ini ialah resepi viral cendawan enoki butter, ianya amat mudah doisediakan dan bahan-bahan digunkan juga sangat minima. Antara bahan yang digunakan ialah cendawan enoki, butter dan susu cair. Cendawan enoki ialah sejenis cendawan berwarna putih, halus dan panjang-panjang, ianya amat banyak digunakan didalam penyediaan masakan sayur, tomyam mahupun steambot. 

Baiklah bagi peminat cendawan enoki dan berminat untuk mencuba, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • Cendawan enoki 1 pek kecik
  • Butter unsalted 2 tbsp
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • 1 ketul kiub ayam
  • Cili flakes secukup rasa
  • Air jika terlalu pekat

Kaedah

  • Mula-mula cairkan butter
  • Tumis bawang putih hingga naik bau
  • Selepas itu masukkan sedikit air dan kiub ayam.
  • Bila kiub ayam dah sebati masukkan cendawan enoki.
  • Akhir sekali taburkan cili flakes sebelum dihidang.
  • Siap! 

Versi yang saya gunakan ini adalah versi kering, namun ia juga boleh disediakan berkuah dengan ditambah lagi banyak air. Penggunaan cili flake dan jus lemon adalah untuk ,menghilangkan rasa butter yang agak kuat. Sedap diratah begitu sahaja atau anda boleh makan dengan nasi jika anda suka. Apapun selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.