Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bayam Brazil Dengan Cendawan Senang Buat Tapi Sedap

author name

Resepi kali ini merupakan masakan bersayur yang amat mudah untuk disediakan, terutamanya sebagai hidangan makan malam. Bayam brazil adalah sejina sayur yang ditanam sendiri didalam pasu atau diatas batas tanah. Ianya jarang sekali dijual dipasaraya atau pun pasar pagi tetapi ia juga amat mudah untuk hidup jika anda tanam sendiri. Masakan kali ini digabung dengan cendawan tiram yang mudah didapati dikedai berdekatan dan berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • Segenggam sayur bayam brazil
  • Segeggam cendawan tiram
  • 5 ulas cili api
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Senggam ikan bilis
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Kaedah

  • Bersihkan sayur bayam dan asingkan daun dari batangnya.
  • Bersihkan cendawan tiram dan siat panjang-panjang
  • Tumbuk cili api, bawang merah,bawang putih dan ikan bilis
  • Tumiskan bahan tumbuk tunggu sehingga garung sedikit
  • Masukkan sedikit air dan tambah garam serta serbuk perasa.
  • Biarkan ia merenih kemudian masukkan sayur-sayuran
  • Masak sehingga sayur layu dan tutup api
  • Hidangkan ketika masih panas untuk merasai keenakanya.

Dalam penyediaan sayur seharusnya menggunakan teknik masakan yang cepat kerana untuk memelihara khasiat zat yang terdapat didalamnya. Namun begitu kita juga tidak harus mengabaikan keenakannya agar kena dengan selera. Lengkapkan hidangan harian anda dengan resepi mudah dan berkhasiat ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *