Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lemak Putih Bayam Brazil Berkeledek Sedap Tak Terperi

Resepi kali ini merupakan sejenis masakan berkuah yang menggunakan sayur bayam brazil. Ia merupakan sejenis sayur yang amat mudah ditemui dan ditanam, daunnya lebar namun tidak berpasir seperti kebiasaan daun bayam yang biasa dijual dipasar. Bayam brazil selain dibuat ulam ia juga amat sedap dimasak bersama keledek dan juga santan. Selain dari itu anda boleh juga menambah sayur pucuk manis dalam masakan ini, bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini juga amat ringkas namun rasanya amat sedap.

Sesuai bagi anda yang mencari idea masakan sebagai hidangan keluarga anda berikut adalah bahan- bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Segenggam daun bayam brazil
  • Segenggam sayur pucuk manis
  • Santan peket kecil
  • Bawang besar belah 4
  • Ikan bilis atau udang
  • Keledek (potong sederhana)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Mula-mula bersihkan daun bayam brazil dan sayur pucuk manis, asingkan.
  • Rebus keledek hingga separa empuk.
  • Masukkan bawang besar dan juga bayam brazil dan pucuk manis.
  • Masukkan ikan bilis atau udang jika suka.
  • Masak sehingga keledek dan sayur menjadi empuk.
  • Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit dan tambah air lagin jika anda suka.
  • Tambah garam dan serbuk perasa.
  • Kacau agar santan tidak pecah dan semua bahan menjadi sebati.
  • Tutup api, sedia untuk dihidang.

Jika anda suka, anda boleh menambah udang didalam masakan ini, ianya juga amat sedap dinikmati bersama sambal belacan ataupun sambal ikan atau ayam. Oleh itu harap anda akan mencuba sendiri masakan ini, Selamat mencuba.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!