Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Suhun Goreng Cendawan Tiram Sedap Masak Siang Malam

author name

Resepi berikut merupakan masakan berasaskan cendawan yang dimasak bersama suhun dan dijadikan sebagai hidangan utama. Bagi masyarakat kita suhun biasanya dimasak sebagai rencah didalam masakan sayur, namun berbeza resepi kali ini kerana ia akan dijadikan hidangan utama yang mengenyangkan.

Resepi suhun ini diamalkan oleh mereka yang mengamalkan diet tanpa nasi, walaupun suhun diperbuat dari tepung mung bean namun begitu kandungan karbohidrat dan gulanya lebih rendah. Beirkut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 pek kecil suhun
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk pecah)
  • Cendawan tiram ½ pek kecil (hiris)
  • ½ ikat sawi manis
  • Fish ball (hiris)
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu kicap pekat
  • Mula-mula rendamkan suhun dan apabila ia telah kembang, toskan.
  • Gaul suhun tadi dengan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat,ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama fish ball
  • Masukkan cendawan tiram dan juga sawi manis.
  • Apabila sayur mulai lembut masukkan suhun tadi
  • Goreng sehingga suhun menjadi jernih dan lembut..
  • Taburkan lada hitam yang telah ditumbuk halus
  • Siap!

Dalam masakan seperti ini sebaiknya berhati-hati kepada kandungan garamnya, oleh itu anda boleh tambah kicap cair ketika anda menggoreng masakan ini jika ia kurang masin. Resepi ini amat mudah untuk disediakan dan berbaloi untuk anda cuba sendiri!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *