,

Resepi Lemak Putih Labu Air Lauk Tenghari Paling Sempoi

Oleh:

 Resipi kali ini merupakan resipi yang berasaskan buah labu. Labu merupakan sejenis sayur yang banyak digunakan dalam masakan. Dan Ianya mempunyai beberapa jenis dan salah satu darinya ialah labu air. Labu air dikatakan sesuai untuk menyejukkan badan dan selalu dimasak bening atau lemak putih.Baiklah berikut adalah bahan-bahan diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 biji labu air saiz sederhana (buang kulit dan potong sederhana)
  • Santan pek kecil
  • Bawang besar (hiris baji)
  • Cili merah (hiris)

Kaedah

  • Mula-mula didihkan air dan masukkan labu air, bawang dan cili merah.
  • Tambah garam dan biarkan kuah mengelegak
  • Akhir sekali masukkan santan dan kacau agar santan tidak pecah.
  • Siap

Masakan ini sangat enak sekali dinikmati bersama sepinggan nasi panas, sambal belacan dan goreng berlada. Hidangkan diwaktu makan tengahari ia bukan sahaja ringkas tetapi juga sedap dan pasti digemari keluarga anda. Apa pun cara anda menikmatinya diharap anda akan mencuba sendiri resipi ini.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]