Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Baby Kailan Masak Sos Tiram Confirm Jatuh Cinta

Resepi ini merupakan satu cara menyediakan sayur dengan lebih berkhasiat tetapi sangat mudah malah ia juga lebih sedap. Penyediaan nya teramat ringkas malah bahan digunakan juga alat minima.

Sayur baby kailan ini lebih pendek tetapi isinya lebih manis. Kandungan vitaminnya amat tinggi dan cara penyediaan sayur yang memelihara khasiatnya agar dapat memberi manfaat lada pengamalnya, baiklah jika anda ingin mencuba berikut adalah bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan

  • 1 genggam kailan
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 tbsp sos tiram
  • 1tsp kicap cair
  • 1 tbs tepung jagung dibancuh bersama 3 sdb air
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1 cawan air
  • 2 tbs minyak masak

Kaedah

  • Masak air dalam periuk dan titiskan sedikit minyak masak
  • Apabila air telah mengelegak, masukkan sayur kailan.
  • Celur sehingga sayur empuk kemusain tutup air.
  • Segera rendam sayur kedalam sebekas air sejuk bersama ais didalamnya.
  • Ketepikan.
  • Dalam kuali, tumiskan bawang putih dan masukkan sos tiram.
  • Tambah sedikit kicap dan minyak bijan serta sedikit air.
  • Tambah bancuhan air jagung dan biarkan kuah pekat.
  • Tutup api dan tuang keatas baby kailan yang telah dicelurkan.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Teknik mencelup sayur dengan air batu selepas mencelurnya ialah untuk memelihara warna hijau sayur bersama khasiatnya. Ianya sesuai dengan beberapa jenis sayur lain yang boleh anda cuba sendiri nanti. Penggunaan kicap cair sebgai menganti garam, anda boleh abaikan jika tidak suka dan tukar dengan sedikit garam. Apapun diharap anda akan menucb sebagai hidangan keluarga anda.Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!