Resepi Sawi Goreng Ringkas (3 Bahan Sahaja)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi sayur yang sangat ringkas. Sayur sawi adalah sumber pelbagai vitamin, serat dan mineral yang sangat tinggi. Ianya sangat baik untuk tubuh badan kita. Contohnya vitamin K ianya baik untuk mencegah penyakit nyanyuk, rapuh tulang, diabetis atau oun darah tinggi. Manakala vitamin A adalah salah satu vitamin yang elok untuk mata kita. Apatah lagi serat yang terdapat didalam sayur sawi ini, kesemuanya sangat baik untuk kesihatan kita.
Sawi pula mempunyai pelbagai jenis dan rupa. Contoh yang paling mudah ditemui di pasar-pasar tani kita ialah Sawi Hijau, Sawi Putih, Sawi Mini dan Sawi Bunga. Malah sawi hijau sendiri mempunyai jenisnya yang tersendiri. Ramai orang tidak suka makan sawi kerana ia pahit, namun sawi hijau yang mempunyai batang yang lebih pendek dan sedikit kurus adalah lebih manis. Cara terbaik untuk memilih sawi yang tidak pahit ialah bertanya terus pada penjual sayur tersebut. Kali ini Madam akan kongsikan resepi sayur sawi yang dimasak ringkas sahaja dan hanya menggunakan tiga bahan sahaja. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi Sawi Goreng Ringkas (3 Bahan Sahaja)
Bahan-bahan
- 1 ikat sawi
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji cili merah (pilihan)
- 1sudu besar sos tiram
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
Kaedah
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Tumis bawang putih dan cili merah.
- Tambah sedikit air jika perlu.
- Masukkan sos tiram dan sedikit garam
- Kacau sebati, kemudian masukkan sayur sawi yang telah dibasuh dan dipotong.
- Tutup api apabila sayur telah mula masak.
- Siap
Untuk menambah kualiti dalam kesihatan Madam yang menjangkau separuh abad ini, Madam akan pastikan sayur sawi ditambah dalam menu harian kami sekeluarga. Walaupun anak kecil kurang mengemarinya, namun sayur sawi yang tidak pahit boleh menarik perhatian mereka. Bolehlah juga dicuba untuk anak-anak kecil.
Resepi ini sangat mudah dan cepat dimasak, kerana matlamat makan sayur ialah untuk mendapatkan khasianya, jadi ia tidak perlu dimasak terlalu lama dan juga tidak memerlukan banyak bahan. Bagaimanapun cubalah dahulu resepi ini dan rasai sendiri keenakannya. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba
Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.