Resepi Kailan Goreng Belacan Macam Digerai Confirm Cik Abang Suka

Resepi ini merupakan satu lagi resipi sayur yang ringkas, sedap dan sangat mudah untuk disediakan. Kailan goreng belacan sangat popular digerai yang menjual masakan panas. Namun sebenarnya ia tidak sukar untuk anda sediakan sendiri di rumah. Kailan adalah salah satu sayur yang sangat tinggi antioksidan dan pelbagai zat serta mineral yang elok untuk tubuh badan kita. Oleh itu anda perlulah mencuba sendiri masakan yang sangat ringkas ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan 

Bahan-bahan

  • 5 pokok sayur kailan
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 inci belacan
  • 10 biji cili padi
  • Sedikit Sos Tiram
  • Garam
  • Potong sayur kailan
  • Tumbuk cili padi bersama-sama belacan
  • Tumis bawang putih, cili padi dan belacan hingga garing
  • Masukkan sos tiram
  • Masukkan kailan dan tumis hingga layu.
  • Bila dah layu baru masukkan air sikit. Masukkan garam secukup rasa.
  • Siap!

Penggunaan bahan yang sangat ringkas dan penyediaan sayur yang sangat mudah akan pasti anda suka, tambahan pula rasanya juga amat enak terutama bila dihidang bersama sepinggan nasi panas dan telur dadar. Jadi diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini untuk hidangan anda sekeluarga! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.