Resepi Bendi Goreng Telur ( Mudah dan Sedap)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi sayur yang amat ringkas dan mudah untuk disediakan. Bendi goreng telur ini menggunakan bahan yang amat minima. Cili kisar yang dikisar bersama bawang besar,udang kering dan bawang putih ditumis sehingga naik bau.

Bendi ini amat sesuai diamalkan kerana ia mempunyai khasiat yang bagus untuk tubuh badan kita. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan yang boleh anda dapatkan dipasaraya berdekatan.

Resepi Bendi Goreng Telur

Bahan bahan

  • 15 biji bendi – dipotong nipis secara serong
  • 2 biji telur – dipukul
  • Sedikit garam dan serbuk perasa secukupnya 

Bahan kisar

  • 1 sudu makan cili kisar
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Udang kering (tumbuk dahulu sebelum kisar)

Kaedah 

  • Mula-mula basuhkan bendi dan biarkan seketika,jangan hiris dahulu.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. 
  • Sementara menunggu bahan tumisan itu naik bau, hiris serong bendi.
  • Kemudian masukkan bendi dan dikacau. Masukkan garam dan perasa. 
  • Apabila bendi separuh masak, tambahkan telur disekelilingnya.
  • Apabila telur telah sedikit masak, kacau rata.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Basuh bendi sebelum dihiris agar ia kurang berlendir, sebaiknya hiris sejurus sebelum anda tambah dalam tumisan cili. Ini adalah lagi satu petua untuk mengelakkan ia terlalu berlendir. Bagi anda yang tidak mencubanya boleh berbuat demikian dan anda pasti suka akan rasanya. Selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *