Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Masakan Kampung Lemak Pucuk Ubi Kayu

author name

Resepi seterusnya ialah resepi masakan kampung yang amat mudah untuk disediakan. Ubi kayu suatu masa dahulu telah menjadi sumber makanan pada masyarakat kita ketika tanah melayu ditawan oleh tentera Jepun. Oleh kerana peperangan sumber makanan menjadi sangat terhad menyebabkan orang kita yang sangat kreatif dalam menganti sumber makanan dengan ubi kayu yang kaya dengan karbohidrat dan pelbagai lagi mineral lain.

Baiklah salah satu bahagian yang sedap dengan ubi kayu ialah daun pucuknya yang boleh dibuat pelbagai  masakan yang sedap jika kena dengan caranya. Berikut adalah cara mudah menyediakan masak lemak pucuk ubi.

Bahan-bahan

  • 1 ikat pucuk ubi (rebus dan perah serta toskan)
  • 2 cawan santan
  • Segenggam ikan bilis 
  • 1 keping asam keping 
  • 1 batang serai dititik 
  • Garam secukup rasa
  • Segenggam cili api (kisar halus)
  • 1 tsp serbuk kunyit ( ikut warna yang kita suka)

Kaedah

  • Mula-mula masukkan cili api yang telah dikisar dalam periuk bersama separuh dari santan.
  • Tambah serbuk kunyit dan juga daun serai.
  • Masukkan juga ikan bilis bersama asan keping.
  • Kuah kena dikacau sentiasa supaya santan tak pecah.
  • Bila kuah mulai mengelegak tambah garam dan serbuk perasa.
  • Selepas itu masukkan daun ubi kayu yang telah direbus tadi.
  • Tambah sebahagian lagi santan.
  • Kacau sentiasa bila kuah dah mengelegak bolehlah tutup api.
  • Siap!

Cara mudah memilih pucuk ubi yang sesuai dijadikan masakan ialah 3 helai daun pucuk yang paling atas. Pastikan ia dibersihkan dan direbus hingga empuk sebelum dimasak, hidangan ini paling sedap dimakan bersama sambal belacan dan juga ikan masin. Saya fikir itulah salah satu cara orang dulu -dulu makan. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.